tepuk nyamuk, ingat DIA

Bismillah.

Salam dakwah.

Semoga Allah memelihara diri anda di mana jua anda berada.

*********************
Semalam ada berbual-bual dengan seorang ukhti yang sangat saya sayangi (semua ukhti saya sayang)

Bual-bual yang saya kira tidak sia-sia. Buat saya lebih dekat dengan dia. Buat saya lebih menyayangi ukhuwah ini. Sebelum ini, jarang dapat jumpa dia. Universiti lain. Tahun pengajian pun lain.

Ada satu ayatnya yang buat saya tersentuh. Memang makan dalam hati. Paling penting, buat saya ingat akan kematian. Betapa kematian itu satu benda penting dan memang jamin akan terjadi kepada kita.

– Akak kan, kalau tepuk nyamuk kat tangan, terasa sangat Malaikat Izrail dekat dengan akak-

-oh, saya ingatkan Malaikat Izrail tarik nyawa manusia je. Ya Allah, ye tak ye-

Ya Allah, boleh saya terlupa perkara kecil sebegini. Betapa nyawa kita itu sentiasa berada dalam genggaman-Nya. Betapa kita ini dekat dengan kematian.

Tepuk nyamuk di atas telapak tangan sendiri, menandakan Malaikat Izrail itu dekat. Cuma bukan kita yang menjadi pilihan Malaikat Izrail pada waktu itu.

Betapa kita ini mesti sentiasa ingat pada Allah. Entah bilakan tiba masanya. Entah di mana pula tempatnya. Entah bagaimana keadaan kita sewaktu menyambut kedatangan maut. Para dua’t yang telah syahid dalam jalan Allah, telah terlihat dalam lipatan sejarah dakwah mereka. Mereka syahid membawa agama Allah. Mereka ditarik nyawa saat kalimah La Ilaha Illa Allah yang menjadi lafaz kalam terakhir, lafaz tanda menyambut panggilan Ilahi. Mereka menemui Ilahi dalam jiwa yang bersih dan suci, dalam keadaan cinta kepada Ilahi yang menggunung tinggi.

Kita ?

– Kite selalu fikir tentang bende yang tak jamin, macam sape jodoh kite. Padahal bende tu tak pasti pun. Tengok Mus’ab Bin Umair, syahid dalam keadaan bujang. Boleh je Allah nak buat kite ni tak kahwin sampai ke tue. Tapi mati lebih pasti dari tu. Baik fikir tentang bende yang lebih pasti-

Memang saya terkesan dengan kata-kata ukhti ini. Sesungguhnya Allah lebih sukakan hamba-hambaNya yang datang bertemu dengan-Nya dalam keadaan hati yang mulia. Bukan bertemu dalam solat sahaja, bukan bertemu dalam sujud sahaja, malah pertemuan terakhir dengan Allah di dunia, saat nyawa di kerongkong, itulah kemuliaan kita yang tertinggi !

Mulianya kita di dunia, apabila kita menyedekahkan diri kita untuk-Nya, untuk agama-Nya, untuk membeli satu tempat dalam syurga-nya, untuk kita melihat-Nya.

Kita mahu Dia memandang kita. Kita mahu Dia menyintai kita. Kita mahu Dia tahu kita ini hamba yang terhebat. Kita mahu Dia pandang kita.

Ada dua kisah cinta.

Kisah pertama : Ada seorang gadis. Nama dia Nina. Dia cinta pada Ali sebab Ali bagi hadiah setiap hari, sms sepanjang masa, selalu keluar ke tempat yang indah. Ibarat cinta bertepuk dua belah tangan, cinta bersambut.

Kisah kedua : Ada seorang gadis. Nama dia Nini. Dia cinta pada Abu. Tapi dia suka atas sebab Abu kacak, berpesonaliti menarik, kemas, bertanggungjawab, pemurah. Abu tidak tahu Nini suka pada dia. Dan ramai gadis jua menggilai Abu seperti Nini. Jadi Nini mesti memikirkan satu cara supaya Abu tertarik pada dirinya bukan ?

Kisah cinta kita dengan Allah seperti kisah yang kedua.

Allah itu Maha Hebat, Maha Kuasa, Maha Segala-galanya. Ramai hamba yang juga berlumba-lumba untuk mendapat cinta Allah. Cuba fikirkan, dalam bilangan hamba Allah yang sangat ramai di atas muka bumi ini, adakah kita tergolong dalam golongan yang Allah mahu pandang ?

Adakah kita tergolong dalam golongan yang mahu memberi sepenuh cinta kepada-Nya ?

Adakah kita tergolong dalam golongan hamba yang benar-benar beriman untuk menagih cinta-Nya ?

p/s : cerita Nina dan Nini hanya analogi sahaja.
p/s : terima kasih akak comel atas sharing yang menarik.
p/s: sudah lama tidak update. Gara-gara rusuhan mahu menggulingkan Presiden Mesir (HM), jaringan komunikasi, telefon dan internet semuanya disekat.

28 Januari 2011

One thought on “tepuk nyamuk, ingat DIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s