dakwah fardiyyah

Bismillah.

Salam dakwah.
**************************

Dakwah fardiyyah.

Satu cabang dakwah yang membuatkan di sinilah tapak dakwah kita akan bermula.

Bermulanya dakwah fardiyyah, bermulalah kita memperoleh pengalaman sebagaimana dua’t lain juga membuat kerja yang sama.

Bermulanya dakwah fardiyyah, bermulalah pengorbanan kita dalam segalanya. Masa, harta dan tenaga hanya akan dibazirkan dalam jalan dakwah ini.

Bermulanya dakwah fardiyyah, bermulalah pengembaraan kita untuk merasa kesakitan dalam jalan ini.

Bermulanya dakwah fardiyyah, bermulalah sejarah pembentukan individu Muslim yang baru, seterusnya terus menuju tangga ustaziyatul alam.

Bermulanya dakwah fardiyyah, tanda bermulalah proses pentarbiyyahan seorang daie yang juga bakal bergerak seperti kita insyaAllah !

Bermulanya dakwah fardiyyah, bermulalah satu era anjakan paradigma, bahawa dakwah ini bukan untuk golongan agama sahaja !

Dakwah fardiyyah, cara kita menghijrahkan cinta.
Menghijrahkan cinta dari satu hati ke hati yang lain.
Dan sudah tentu, penghijrahan ini ternyata amat payah kerjanya.

Kerana bukan semua manusia mampu menerima cinta yang kita bawa.
Kerana bukan semua manusia mampu memahami bahasa cinta kita.
Kerana bukan semua manusia memilih untuk menerima cinta kita.

Kita yang menyalurkan cinta, berusaha sedaya-upaya.
Mereka yang bakal menerima cinta, cuba untuk memahaminya.

Hakikatnya, kerja seorang daie ini memang menyerahkan cinta.
Berbahasa dengan bahasa-bahasa cinta.
Beramal dengan amal-amal yang berasaskan cinta.

Cinta yang kita beri ini, bukan cinta biasa.
Cinta kita cinta menuju kepada yang Maha Esa.
Cinta kita cinta yang berasaskan fitrah manusia yang sememangnya sukakan kebenaran.
Cinta kita, cinta yang amat gemilang cahayanya.

Yakinlah wahai dua’t yang sedang berjuag di jalan cinta ini.
Kerna aku pasti, Dia akan membalas cinta kita semua, inshaAllah !

Dakwah fardiyyah, dari individu kepada individu yang lainnya.
Kita meyakini dengan cara ini,  kita akan berjaya membina titik-titik kecil menyumbang kepada kemenangan.
Kita meyakini dengan cara ini, kita akan memperoleh hasil yang lebih muntij.

Ar-rijalun sodiq la budda an yakuna murabbiyan.
Pemuda yang sebenar tidak dapat tidah mesti menjadi seorang murabbi.

Mesti dan wajib, kita membina pemuda-pemudi Islam supaya mereka juga akan meneruskan usaha membina manusia-manusia yang lain pula.

Rantaian dakwah ini harus bersambung.
Dari satu tangan ke tangan yang lain menyambung amanah yang suci ini.
Dari satu hati ke hati yang lain menyambung tanggungjawab dakwah ini.

Tidak boleh terhenti kerana rantaian jahiliyyah juga seolah sedang mencari penyambung kerja-kerja ‘murni’ mereka itu.
Kerja mereka yang terus-menerus menghancurkan pemuda-pemudi Islam.
Kerja mereka yang terus-menerus melenyapkan Islam dari dalam hati-hati ummah ini.
Kerja mereka yang terus-menerus melalaikan kita dari alam yang sebenar.

Mereka terus membuai kita dalam alam khayalan rekaan mereka !
Aduhai, apakah nasib ummah ini,
Kian tenggelam, kian lenyap.

Kian berada dalam satu lorong kegelapan yang amat gelap.
Mereka tidak pernah tahu kehadiran satu cahaya penyelamat.
Mereka ini terus tenggelam dalam lautan yang amat dalam sehingga mereka tidak menjumpai lagi pelampung untuk menyelamatkan diri.

Dan kerja kita,

Kerja kitalah yang harus menyelamatkan mereka.
Kerja kitalah yang harus memberi cahaya kepada mereka.

Bermula dengan dakwah fardiyyah ini.
Kita memulai langkah penyelamat ini dengan membina tautan hati.
Berukhuwwah dengan mereka dengan nilai ukhuwwah yang berbeza.
Berukhuwwah dengan mereka demi mengajak mereka bersama-sama ke jannah-Nya.

Inilah nilai ukhuwwah yang sebenar-benarnya.
Bukan ukhuwwah yang secara luaran sahaja.

Jadikan ukhuwwah kita ini sepertimana Rasulullah S.A.W bersahabat dengan para sahabat yang tercinta.
Saling mengingati dan berpesan-pesan.
Saling menyeru antara satu sama lain ke arah kebaikan.
Saling melengkapi antara satu sama lain dalam saff yang sama.

Inilah satu sumber kekuatan yang ternyata hebatnya.
Bila mana manusia yang faham dihimpunkan dalam satu barisan yang sama.
Kekuatan mereka menerobos tembok-tembok jahiliyyah dengan megahnya.

Paling penting, ukhuwwah mereka diikat satu ikatan yang amat agung.
Ikatan aqidah dan iman.
Ikatan hati-hati yang sama-sama berjuang dalam jalan-Nya.

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,
telah berjumpa dalam taat padaMu,
telah bersatu dalam dakwah padaMu,
telah berpadu dalam membela syari’atMu.
Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya.
Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan
keindahan bertawakkal kepadaMu.
Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu.
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. 

 

Ukhuwwah kita adalah modal untuk ke syurga, dengan jayanya !
Ana uhibbuki/ uhibbuka fillah kita didasari hati yang disulami keikhlasan.

Ukhuwwah fillah ini umpama titisan-titisan air yang menyegarkan jatuh ke dalam hati.
Penuh kesegaran, penuh kedamaian.

Seterusnya, pabila kau telah berjaya membina ikatan hati,
kau teruskan dengan usaha untuk menyegarkan iman mereka yang telah lama pendam itu.
Kau bangkitkan semula iman mereka yang lesu.

Sedarkan dengan kefahaman-kefahaman yang mereka cari-cari selama ini.
Sembuhkan dengan ubat-ubat untuk kesakitan yang mereka alami.
Cerahkan dengan penerangan-penerangan yang membuatkan mereka kembali kepada hakikat kejadian mereka yang sebenarnya.

Seolah kau sedang melagukan satu lagu yang cukup menyamankan ke dalam jiwa mereka.
Seolah kau sedang meniupkan satu hembusan yang cukup menghiburkan ruh mereka.
Seolah kau sedang cuba meleraikan satu simpulan yang mengikat hati mereka.

Kesimpulannya, tugas kau adalah tugas yang luar biasanya !
Percayalah, inilah nikmat ukhuwwah yang sebenar, bila kau dapat menolong dan memandui mereka ke landasan yang sebenarnya !

Dan iman inilah yang akan menggerakkan diri mereka.
Seterusnya, kau rawatlah penyakit-penyakit mereka dan sedaya-upaya memberi keperluannya.

Penyakit-penyakit dalaman itulah ternyata bahaya !

Kerana inilah sebenarnya yang sedang mengganggu peribadi mereka,
telah meranapkan pembinaan ruhiyyah mereka.
Telah mencacatkan diri mereka dari diri seorang Islam yang sebenarnya !

Aduhai,
Masihkah kau mahu lagi menangguh segala kerja ini ?
Atau masihkah kau mahu menongkat dagu memikirkan apa lagi yang bakal terjadi ?
Atau masihkah kamu mahu menidurkan diri dalam keadaan yang ‘selesa’ ini ?

Percayalah,
Kita ini sudah terlambat.
Sudah terlalu lambat.
Kerja kita melebihi batas masa yang ada.
Sejak dari dulu lagi, jahiliyyah sudah mula menghancurkan kita.

Sedikit demi sedikit,
Sekarang lihat, apa yang sudah terjadi pada ummah kita,
Apa yang sudah terjadi pada kemuliaan agama kita ?

Besar sungguh impaknya !
Kita sedang berada dalam satu kebakaran yang amat marak.
Ramai yang tertidur dari sedar tentang api yang menyala-nyala ini.
Dan tugas kitalah,

UNTUK MEMBANGUNKAN MEREKA DARI LENA  YANG PANJANG INI !

********
Buat kamu yang sedang bekerja demi dakwah ini,

Kita sedang memijak alam yang realiti,
Kita terasa asing,
Kita terasa susah dan payah,

Inilah dakwah,
sunatullahnya akan ada yang menerima, akan ada yang tidak.

Inilah dakwah,
sunatullahnya  akan ada yang tercicir, akan ada yang mahu bersama-sama.

Alam realiti ini memang berbeza benar dari alam yang kita bayangkan.
Alam realiti ini memerlukan untuk kita sentiasa tabah dan sabar dalam satu keadaan yang bernama kehidupan.

Ingatlah,

Ganjaran Dia,
Pertolongan Dia,
Kasih sayang Dia,

Akan senantiasa tersedia.

Dakwah ini bukan untuk membebani kamu wahai ummat Muhammad,
Tapi ianya adalah penyelamat kepada diri kamu sendiri.

Dakwah ini bukan untuk menyerabutkan kamu wahai pejuang-pejuang agama Allah,
Tapi ianya adalah ubat penenang diri.

Dakwah ini adalah keperluan kita.
Kerana tanpanya, hakikat  sebagai seorang khalifah dan a’bid tidak akan pernah melengkap diri.

 

sekian,
mylittlepencil 

 

5 thoughts on “dakwah fardiyyah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s