tangisan dari mesir (1)

Bismillah.
Salam dakwah.
Semoga Allah merahmati hidup saya dan para pembaca semua, dan semoga ada lagi sedikit nyawa untuk saya esok hari.
****************************
Hidup tanpa jaringan internet memang membosankan. Bukan apa, tidak boleh menulis di laman penulisan sendiri, tidak dapat meluahkan isi hati yang terbuku, untuk dijadikan tatapan buat pembaca yang sangat saya kasihi.

Isu terkini Mesir : Mesir berada dalam keadaan yang teruk. Rusuhan. Kereta kebal di mana-mana sahaja. Tentera berkawal di kawasan-kawasan tertentu. Pemuda-pemuda Arab memegang kayu dan parang cuba untuk menjaga keamanan negara mereka ini. Masih cuba mahu menyelamatkan negara mereka ini. seperti juga rakyat Palestin sana yang tidak pernah berhenti untuk berjuang.

Pesalah-pesalah dari penjara terbebas. Mereka bebas berjalan di mana-mana sahaja. Itu yang menjadi kerisauan saya sebenarnya. Bukan rusuhan. Rusuhan itu hanya melibatkan rakyat Mesir sahaja, bukan kami. Lebih merisaukan, jika kami, pelajar-pelajar Malaysia yang menjadi tumpuan pesalah-pesalah tersebut. Rusuhan itu memang saya sangat setuju. Memang patut presiden mereka turun takhta kerana zaman pemerintahannya tidak membuahkan apa-apa hasil kepada Mesir.

Banyak cerita yang telah bermain di cuping telinga saya ini. Ada rumah pelajar Malaysia dirompak. Satu malam, ada jeritan perempuan Arab yang saya dengar. Semua orang berlari ke arahnya.
Ya Allah, suasananya memang menakutkan. Memang mengerikan. Tidak pernah saya mengalamai suasana seperti ini. Syukur, Malaysia masih aman dan makmur.

Banyak perkhabaran yang diterima. Tidak tahu yang mana satu berita yang sahih. Ada berita pelajar Malaysia akan dipindahkan ke negara-negara jiran yang berdekatan. Ada berita yang memberitahu tentera TUDM bersama jet pejuang mereka untuk mengangkut anak-anak orang-orang tertentu yang belajar di bumi Mesir ini. Ada yang cakap, semua pelajar Malaysia akan dihentikan proses pembelajaran sehingga bulan Spetember nanti.

Internet pula telah disekat. Habis hilang perhubungan dengan rakyat Malaysia. Saat ini barulah terkenangkan keluarga yang saya pasti sangat risau akan keadaan saya di sini. Hantar mesej tidak sampai. Tiket kapat terbang ke Malaysia pula dijual mahal.

Ya Allah, selamatkanlah keadaan kami semua di sini. Andai ini tarbiyyah bagi kami, bukakanlah hati kami untuk menerima tarbiyyah ini seadanya. Kepada Kau sahajalah, kami meminta pertolongan.

Ada seorang ukhti berkata,
“ Allah letak kite kat sini sebab Allah nak kite jadi titik dalam sejarah Mesir.”

Dan sekarang, dapat maklumat dari naqibah sendiri bahawa Menteri Keselamatan Malaysia sedang bermesyuarat untuk mengambil tindakan yang sesuai di saat-saat genting seperti ini. Ya Allah, kalau saya sudah serabut sebegini macam, apatah lagi pemimpin besar yang lebih risau memikirkan masalah ini.
Kami sekarang menunggu keputusan mesyuarat tersebut.

Minta semua pembaca mendoakan kami semua ini. Terutama kami para du’at yang berada di sini. Perjuangan kami belum lagi berhenti. Kami ingin sambung belajar. Kami ingin meneruskan dakwah di bumi Mesir dan Malaysia.

Untuk hari ini,berita terbaru rakyat Mesir dikumpulkan sejuta orang di Medan Tahrir untuk melancarkan rusuhan besar-besaran. Presiden mereka pula, Husni Mubarak telah berjanji untuk tidak akan menurunkan takhta beliau.

Ya Allah, memang bertambah kuatlah rusuhan rakyat Mesir.
Ya Allah, Husni Mubarak, apakah beliau tidak sedar rakyat Mesir ini terseksa kerana dia ?
Kepada pejuang-pejuang Mesir, doa saya mengiringi kamu. Memang sudah tiba masanya untuk kamu semua bertindak memperjuangkan al-haq. Majulah ke hadapan untuk melawan kebatilan ini.

p/s : maaf, ini entri untuk tarikh 2 Februari 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s