kini aku kerna-Mu

Bismillah.

Salam dakwah dan tarbiyyah.

Semoga hari ini hari yang bermanfaat untuk anda semua.

*******************************

Saya mahu bercerita tentang banyak tarbiyyah yang saya dapat hari ini.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Tiada tarbiyyah terhebat selain dari tarbiyyah dari-Mu. Tarbiyyah adalah tanda kasih sayang.

 

Aku rela andai tarbiyyah itu adalah untuk meningkatkan imanku.

Aku rela andai tarbiyyah itu untuk menguji sekuat mana cintaku pada-Mu.

Aku rela andai tarbiyyah itu untuk seorang hamba agar lebih kuat dalam menempuh hidupnya.

Aku rela andai tarbiyyah itu untuk seorang hambanya agar tidak terlalu mencintai dunia ini.

***********************************

Terkesan sangat dengan keputusan peperiksaan hari ini.

Markah rendah. Markah rendah. Markah rendah.

Malu dengan Allah. Malu dengan ibu bapa dan profesor yang mengajar. Malu dengan kawan-kawan yang hebat semuanya.

Selesai sahaja peperiksaan hari ini, terus mengadu pada mutarabbi.

” Markah rendah. Sedih. Malu.”

” Jangan la macam ni. Anti dah usaha kan. ”

” Tapi malu la, sedih. Macam markah orang tak study je. ”

” Penting ke untuk orang tahu anti study ke tak ? Biar Allah je yang tahu anti dah study, anti dah usaha. Selebihnya terletak pada Dia kan. ”

” Tapi.”

” Dah. Takde tapi-tapi. Anti jugak penat pesan pada ana kan.”

” Hehe.”

Banyak kali saya kena cubit dengan  mutarabbi sendiri dek kerana sebab kurangnya keyakinan dalam diri sendiri. Memang sangat-sangat tertembak.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada mutarabbi. Memang mutarabbi adalah tarbiyyah terbaik untuk seorang murabbi dalam pembinaan diri.

Pernah seorang ukhti menasihati saya sewaktu sedang belajar. Saya gelarnya sebagai Si Cantik.

” Kalau awak bersangka baik pada Allah, Allah akan beri keputusan yang baik pada awak. Dengan syarat kena usaha.”

 

Ya Allah, aku minta maaf andai ketidakcemerlangan aku ini mendatangkan fitnah kepada agamamu dan dalam jalan dakwah ini.

Umi, abah dan doktor-doktor yang mengajar, saya ingin minta maaf sebab markah saya teruk sangat.

Dan kawan-kawan saya minta anda semua terus menyokong saya dan memasukkan saya ke dalam doa anda semua.

 

Sampai sekarang saya memikirkan tentang perkara tersebut sebenarnya. Saya malu jadi pelajar perubatan. Saya malu belajar jauh ke negara orang. Tapi, saya perlu menanamkan satu keyakinan, bahawa Allah itu baik terhadap hamba-hamba-Nya, Allah itu tidak pernah mahu membebankan hamba-Nya dan Allah adalah sebaik-baik perancang  terhadap hamba-hamba-Nya.

 

Sebelum pulang, dapat sms cinta layangan dari mutarabbi saya.

Prayer is an open line to Allah. No network problem, no low battery, no connection error, always good signals and all messages ent. May Allah bless us all.

Sepanjang saya berada di dalam bas untuk pulang ke rumah, saya mendengar semua lagu yang mula dengan abjad A.

Allahu Rabbi-Inteam

Always Be There-Maher Zain

Ammirul Ummah-Raihan, Inteam

Ansar Muhajirin-Muadz dan Akbar

Anugerah Istimewa-Mirwana

Any Given Time-Outlandish

 

Kesemua lagu ini memberi saya penghayatan yang tinggi terhadap betapa Maha Kuasanya Allah. Maha Segala-galanya Allah. Terkadang kita lupa untuk meyakini perkara seringkas ini.

Kena sedar betapa pentingnya Allah untuk diri kita. Allah tempat segala-galanya kita mengadu.

Lepas ini, kena lebih rajin jumpa Allah.

Tempat : Atas sejadah.

Masa : Tengah malam.

Aturcara : Qiam dan zikir

Ini ada satu lagu untuk anda semua, terutamanya yang sering diuji-Nya. Semoga anda kuat !

 

“Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.”

 

 

Advertisements

3 thoughts on “kini aku kerna-Mu

  1. kita selalu kagum tengok orang yang hebat2. hebat menulis, hebat bercakap, hebat berkomunikasi. rasa macam, wah bertuah betul orang tu dapat skill best yang kita takde. tapi pernah tak kita saksikan jatuh dia sampai kadang2 dia rasa macam nak tidur terus tak mau bangun? pernah tak kita rasa malunya dia nak berhadapan dengan orang ramai sebab gagal dalam sesetengah perkara?

    adalah harus untuk kita ambil kira pandangan orang lain terhadap kita supaya mereka boleh tolong tunjukkan mana2 kelemahan kita yang kita tak nampak. tapi perlu diingat sentiasa, pandangan yang paling utama adalah Allah. result hidup dah ada dalam tangan Allah, tak perlu pun sebenarnya Dia tengok usaha kita yang seciput ni. cuma Allah nak kita sendiri nilai usaha yang kita lakukan. apakah sudah cukup untuk masuk syurga? apakah masih ada yang kurang yang boleh kita baiki?

    pekakkan telinga bila dengar orang cakap belakang, tebalkan muka untuk terus berusaha menjadi yang terbaik. yang penting, enti dah berusaha berSUNGGUH-SUNGGUH. khalas kida? :P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s