sms layang

Bismillah.

Salam dakwah dan tarbiyyah.

Semoga hari ini anda dapat menahan marah sekiranya apa-apa yang menaikkan marah anda berlaku.

******************************

Ada satu mesej saya dapat dari seorang akh.

Salam. Harap sihat2 slalu. Rasa serba salah dgn nt. Mintak maaf kalau terbuat salah. Minta teguran dan nasihat. Doakan ana lebih baik/tsabat lepas ni.

Sejujurnya saya tidak tahu mengapa mesej ini diutuskan kepada saya. Biadap sungguh akh kerana mengutuskan mesej sebegini kepada seorang muslimat yang bertarbiyyah. Semacam itu juga biadapnya saya ingin membalas mesej ini di dalam ruangan penulisan saya.

Maaf sekiranya kau terasa, tetapi inilah kebiadapanku.

Wahai akh,

Aku tidak mahu lagi engkau menganggu imanku dan iman-iman muslimah yang lain. Aku jua dalam pembinaan tarbiyyah ini. Kau juga dalam jalan yang sama. Aku pelik, hairan kenapa kelakuan kau mesti begini.

Apakah kau tiada murabbi atau naqib tempat engkau mengadu, sampai muslimat yang kau pilih. Tiada gunanya kau meminta maaf kepadaku, aku ini hanya insan biasa, yang juga berbuat kesalahan !

Tiada guna kau meminta maaf kepadaku, kerana kesalahan itu bukan terhadap aku. Kesalahan kau itu terhadap jalan dakwah ini, jalan tarbiyyah ini, kesalahan kau ini menjadi fitnah kepada dakwah ini. Lebih dahsyat kesalahan kau ini adalah terhadap Tuhan kau, yang merupakan tuhanku jua !

Tiada gunanya kata-kata kau terhadapku. Sujudkanlah kepalamu, tundukkan hatimu setiap malam agar kau mendapat petunjuk dari-Nya. Biar Dia yang membimbingmu, bukan aku. Biar Dia yang menolongmu, bukan aku yang menolongmu. Biar nasihat dari Dia yang kau dapat, bukan nasihat dariku. Aku ini tidak layak untuk memberi apa jua bait-bait nasihat kepadamu. Mengertilah batasan yang ada antara kita, kita ini berlainan jantina, berlainan sifatnya. Aku tidak mahu syaitan yang duduk antara kita.

Wahai akh,

Sudah-sudahlah dengan apa yang kau lakukan. Kau tidak layak untuk meranapkan jalan tarbiyyah ini. Kau tidak layak mengaku daie jika engkau  berkelakuan begini. Apakah tidak cukup lagi ujian yang Allah beri, apakah kurang lagi nikmat yang Allah berikan kepadamu sehingga kau mempunyai masa untuk melakukan perkara-perkara yang tidak perlu kau lakukan ?

Tanya kembali kepada dirimu. Adakah kau ikhwah sebenarnya ?

Setahu aku, ikhwah yang sama jalannya dengan aku, tidak melakukan perkara-perkara yang leka, kerana ku tahu, masa makin cepat berlalu, kerja dakwah semakin bertambah dek kerana ummah yang kian tenggelam dalam tarbiyyah jahiliyyah ini.

Wahai akh,

Aku masih mengingati kata-katamu, bercakap tentang ukhuwwah. Betapa manisnya ukhuwwah itu bak ibarat hubungan suami isteri.

Jelaslah !

Hubungan antara suami dan isteri hanya dibenarkan apabila terlafaznya lafaz nikah si suami. Apakah sudah kekurangan ikhwah di muka bumi untuk kau menjalinkan hubungan kawan dengan mereka ?

Aku masih ingat akan seruanmu.

Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah. ” (7 : 179)

Tanya kembali pada dirimu.

Siapa yang menutup pintu hatinya ?

Siapa yang membutakan matanya ?

Siapa yang memekakkan telinganya ?

Siapa yang seperti haiwan sebenarnya ?

Jangan kau berani mendustakan ayat Allah. Jangan kau beri janji palsu kepada Allah. Jangan kau berani impikan syurga-Nya. Jangan kau berani menjamin segalanya indah buatmu kelak !

Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kau mengatakan sesuatu yang tidak engkau kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kau mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” (61 : 2-3)

Jika alasan kau, baru mengenali tarbiyyah, bagi aku, itu hanya alasan biasa, malah tidak masuk akal !

Jangan kau berlagak tidak tahu seperti kanak-kanak yang belum baligh, tidak tahu antara dosa dan pahala.

Kau tahu semua itu, meskipun engkau bertarbiyyah atau tak ! Al-Quran sudah menerangkan segalanya ! Terimalah agama Allah ini sepenuh hatimu. Terimalah tarbiyyah dan dakwah ini dengan penuh rasa ikhlas.

Ubahlah dirimu sebelum engkau mengubah orang lain !

Nasihatilah dirimu sebelum engkau menasihati orang lain !

Jadilah produk tarbiyyah Islamiyyah, bukan produk tarbiyyah jahiliyyah !

Aku tidak mahu lagi bercakap panjang.

Jika kau terasa, maafkan aku yang berkata.

Jika kau tidak terasa , apa yang boleh aku buat, hanya berharap kepada Dia semata !

5 thoughts on “sms layang

  1. akk pon (mcm kakyu), tapi ada benarnya..
    moga semua lebih berhati2 lepas ni dalam setiap apa yang kita buat atas dunia ni..
    jzkk nadrah

  2. yup.tersentap,tapi sgt bermakna.moga2 jadi ‘ibrah buat semua yg memilih ‘jalan panjang’ni.secara peribadi,mubaraak utk penulisan ni. :) -cume,ia menampakkan sdk ke’aiban org lain di mata semua org,terutama imej org yg memilih ‘jalan panjang’ ni-itu k.nad kurang setuju.utk penyelesaian kt jg blh mtk mas’ulah kt berurusan dgn mas’ul dia tanpa buka ‘aib dia dpn org rmi ^___^

    • ana dah pernah minta dah dahulu….tapi berterusan dan perangainya tidak jua berubah….bila selalu diganggu dengan mesej yang serupa, mendatangkan kacau pada iman ana…ana bukan ingin mengaibkan dia, tetapi mahu ikhwah lebih mngerti ttg hubungan antra ikhwah dan akhawat…..satu jalan dakwah dan tarbiyyah tidak menghalalkan hubungan kita untuk lebih mesra berbanding lelaki dan perempuan yg takde tarbiyyah….

      btw, thankz k nad….entri ni buat bila mahu warning lelaki itu sahaja, ana tidak menceritakan peribadi dan siapa nama lelaki itu secara spesifik, kalau dia membacanya, harap dia terasa, jika dia tidak membacanya, ana harap ianya terkesan untuk ikhwah2 yg lain…..

  3. moga Allah buka hati kita dan hati dia untuk lakukan apa yang Allah suruh, jauhi apa yang Allah larang. no more in betweens. we don’t have the luxury to do so.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s