jom muhasabah diri !

Bismillah.

Salam  dakwah.

Semoga anda segar pada hari ini, menghirup udara-Nya, mendapat cahaya dari matahari-Nya.

*********************************

Jom muhasabah !

Siapa di antara kita yang muhasabah diri sebelum tidur ?

Siapa di antara kita yang khatam Al-Quran sekali kurang dari tempoh sebulan ?

Siapa di antara kita berpuasa selain dari bulan Ramadhan, seperti Isnin dan Khamis ?

Siapa di antara kita bangun qiam ?

Siapa di antara kita yang ziarah kubur untuk ambil iktibar ?

Siapa di antara kita yang ingat Allah sehingga bercucuran air matanya ?

Siapa di antara kita yang sayang rakannya lebih dari sayang diri sendiri ?

Siapa di antara kita cintanya kepada Allah dan Rasullullah mengatasi cintanya kepada yang lain ?

Siapa ? Siapa ? Siapa ?

Kalau kita jawab kesemua soalan tadi, sudah tentu, jawapannya zalim sekali. Ibarat kita ini, sejenis robot, yang menunaikan segala kewajipan yang diwajibkan ke atas diri kita tanpa ruhnya.

Cinta dalam jiwa penuh dengan cinta kepada dunia. Kepala serabut memikirkan perkara yang tiada jalan penyelesaiannya.

Akhirat diletakkan di tempat yang terakhir untuk difikirkan. Neraka dirasakan bukan terciptanya untuk kita. Malah, dianggap syurga yang mulia itu untuk kita yang hebat melakukan dakwah ini.

Dirasakan firman-firman Allah itu hanya hiasan di dalam Al-Quran semata, bukannya ditujukan khas kepada kita. Malah turut menanamkan dalam diri, ikut sahaja yang mana selesa, yang rasa tidak sesuai untuk dipraktikkan maka ditinggalkan.

Mengapa ada rasa ini dalam diri anda ?

Apakah terlalu mulia diri ini untuk dicampakkan dalam neraka Allah ?

Apakah terlalu hebat diri ini untuk menjamin kita ini ahli syurga ?

Jangan sesekali menangguh apa jua jalan kebaikan yang datang kepada anda kerana seruan maut itu bila-bila masa sahaja. Jangan sesekali menunda kewajipan yang perlu dilaksana kerana Malaikat Zabaniah akan melaksanakan tugasnya pabila tiba masa.

Berhenti menangguh.

Tomorrow  never comes !

Jangan terlalu pasti esok masih ada !

Terkadang ini yang kita kurang yakin. Kurangnya yakin maut itu akan kunjung tiba bila-bila masa. Cuba lihat video di bawah ini.

Ambil iktibar.

Malas cakap panjang.

Fikir-fikirkanlah !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s