fatrah imtihan 2

Bismillah.

Salam dakwah, salam tarbiyyah.

Semoga hari ini segala urusan anda berlalu tanpa ada sebarang masalah, kerana berkat pertolongan dari-Nya.

**********************************

Semalam, dapat lagi sekeping gambar istimewa dari seorang ukthi, cantik gambarnya, bermadah jua katanya yang ditulis di belakang gambar tersebut.

dari Ukhti S
dari Ukhti S

 

Terima kasih ukhti kerana kad tersebut. Memang bagi saya semakin semangat dalam mengulangkaji kelas 1 Cerdik Trematodes, kelas 2 Arif Cestodes dan kelas 3 Bijak Nematodes. Kesemua subjek yang saya senaraikan ini adalah subtopik yang perlu dibaca untuk kertas peperiksaan yang seterusnya, dan debarannnya semakin kuat. Banyak betul fakta. Gambar parasit-parasit ini terlalu banyak, gambar telur, bentuk badan mereka, semua mesti disimpan dalam akal fikiran supaya boleh jawab soalan yang bakal ditanya nanti.

Sekali lagi beta memerintahkan, janganlah antum dan antunna (parasit ini ada jantan dan betina) semua hilang dari akal beta sehingga akhir hayat beta. Kerana beta ingin menjadi seorang doktor yang cemerlang dengan jayanya. ”

Ya Allah, Kau berikanlah aku akal fikiran yang kuat supaya lebih senang untuk aku mengulangkaji segala pelajaranku.

Ya Allah, aku tahu aku serba kekurangan dari segi  pelajaran, aku minta maaf Ya Allah andainya aku tidak menggunakan keseluruh masa yang telah Engkau berikan dengan benda-benda yang berfaedah.

Ya Allah, Kau jauhkanlah aku dari berprasangka buruk kepada-Mu andai aku mendapat natijah yang kurang baik nanti, malah Kau berikanlah kelapangan dada untuk menerima segala ketentuan dari-Mu.

Ya Allah, Kau gembirakanlah hatiku dengan segala tarbiyyah-Mu, Kau tunjukkkanlah jalan yang lurus kepadaku agar aku tidak tersasar, hambatkanlah cinta-Mu buatku, redhailah diriku ini selamanya, inilah rayuan hambamu yang memang kekurangan ini.

********************************

Dan kepada semua para pelajar seluruh dunia, berseronoklah dengan ilmu yang anda semua sedang timba sekarang ini, dan gunakanlah sebaiknya untuk ummah ini.

Dengan ilmulah, Allah akan mengangkat darjat kita, apatah lagi jika digunakan untuk menyebarkan dakwah Islamiyyah.

Paksikanlah segala kejayaan dan kegagalan anda semua kepada Allah, kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita, Dia berhak ke atas segala-galanya.

dari mylittlepencil

Kita  berada di atas muka bumi ini adalah kerna Dia.

 

p/s : sila doakan saya untuk kertas seterusnya esok hari !

 

 

Advertisements

2 thoughts on “fatrah imtihan 2

  1. Allah matlamat kita. kena pastikan tujuan dan niat itu jelas, insyaAllah, semuanya OK! :)

    p/s: terasa sudah lama tak stalk tuanku permaisuri hatiku. sudah turunkah status hamba? :P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s