tali penyelamat

Bismillah.

Salam dakwah, salam seaqidah.

Semoga anda berlapang dada pada hari ini dengan apa jua yang anda hadapi.

********************************

Semalam, selepas solat berjemaah Isyak bersama ukhti-ukhti serumah , dapat tazkirah daripada seorang ukhti kecil yang saya sangat kagumi. Tazkirahnya memberi kesan yang mendalam untuk jiwa saya yang sudah lama tidak dijernihkan.

Memang sangat sesuai untuk musim peperiksaan.

Tajuk buku tersebut adalah Tawuq An-Najah atau dalam Bahasa Inggerisnya bermaksud, Rescue Rope.

Tali penyelamat.

Buku ini menceritakan tentang betapa pentingnya untuk kita sedar apa yang berlaku pada ummat Islam zaman sekarang. Ummat Islam yang kian tenggelam, malah semakin hari, semakin bertambah tanggapan buruk terhadap penganut agama yang di.

Kedengaran suara-suara yang berbunyi,

“ Adakah malam ini akan berakhir ? ”

“ Adakah penamatnya kita akan  berada dalam lembah kehinaan ini ? ”

Hal min nihayah lihazal dzul wal hawan ?

Soalan yang terlalu banyak, ligat berputar di dalam kotak pemikiran kita, memeningkan kepala apakah nasib umat Islam ini akan berubah. Atau adakah Allah sengaja meletakkan kita dalam kehinaan ini ?

Sedarlah !

Inilah masanya untuk kita mengakhiri kegelapan ini, sementara mentari kebenaran itu masih ada. Kita tidak mahu  terbenam sepanjang zaman, malah kita mahu terbit sepanjang masa, menerangi alam ini dengan cahaya Islam, petunjuk dan hidayah dari Allah.

Suara tangisan Palestin yang minta dibela nasibnya, suara anak yatim dan anak jalanan yang merengek, suara-suara yang dizalimi, semuanya masih kedengaran sehingga sekarang.

Apakah tidak ada seorang pun di dunia ini mahu membela nasib mereka ?

Apakah semua orang di muka bumi ini mahu berdiam diri sahaja melihat keadaan mereka ?

Siang malam kita banyakkan bersujud kepada Allah, malah kita abdikan diri untuk dakwah ini, kita sedeqahkan diri ini untuk kegunaan Islam semata, namun apakah kita tidak layak untuk kemenangan yang Allah janjikan itu ?!

********************************

 

Ada satu taifah (golongan) yang Allah janjikan nasru (kemenangan) ke atas musuh mereka dan tamkin di muka bumi ini.

Golongan ini adalah golongan yang menang ke atas diri mereka sendiri, meletakkan agama-Nya di hati mereka, suka kerana Allah, benci kerana Allah, menjadikan pemimpin daripada pemimpin yang menjadikan Allah sebagai pemimpin mereka, memusuhi siapa yang memusuhi Allah, gembira dengan keberkatan Allah, bertawakkal kepada Allah.

Golongan ini dengan yakinnya telah menjualkan keseluruhan diri mereka kepada Allah, sehingga tidak lagi ada rasa dalam diri mereka apa itu nasib dan tuah. Mereka yakin segalanya adalah ketentuan Yang Maha Esa.

Inilah jual beli yang Allah nantikan dari kita, seperti dalam firman-Nya, dalam surah At-Taubah, ayat 111,

Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah ? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.”

Namun apakah kita masih mahu menolak tawaran jual beli ini ?

Masih egokah anda tidak mahu berjual beli dengan Allah ?

Setinggi manalah ego anda jika mahu dibandingkan dengan Allah Yang Maha Agung ?

Tinggi-tinggi ego anda, tidak jua mampu mencapai tingginya langit ciptaan Yang Maha Pencipta.

 

Credit to Dr. Magdy Alhelaly (pengarang)

 

 

 

2 thoughts on “tali penyelamat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s