tanpa-Mu

Bismillah.

Salam dakwah.

Semoga Allah memberkati usia anda sehingga ke saat ini dan seterusnya.

********************************

Resah.

Satu perasaan yang kerap menganggu apabila kita memikirkan sesuatu yang tiada jalan penyelesaian.

Anda pernah resah ?

Tidak tahu apa yang jiwa mahukan, tidak tahu hati mahu diisikan dengan apa. Bagai mayat hidup, tiada arah tujuan. Jika mahu berbuat sesuatu, tidak mahu buat, tetapi tahu yang benda itu sepatutnya dilakukan.

Kita akan resah apabila jiwa kita kosong.

Mengapa jiwa mesti kosong ?

Sedangkan jiwa mukmin itu penuh dengan cintanya kepada Allah. Hatinya setiap masa ingatkan Allah. Mukmin itu dekat dengan Allah. Allah telah menjanjikan mutma’innah kepada jiwa yang sentiasa ingat kepada-Nya.

Mutmai’nnah yang sakiinah memerlukan hati yang bersih dan sihat. Jiwanya tidak sakit dalam mencari cinta Allah, jiwanya tidak rindu kepada dunia, jiwanya terbang bebas, tidak terperangkap dalam penjara nafsu.

Bagaimana mencari ketenangan yang sebenar ?

Apakah tafsiran ketenangan ?

Ketenangan itu berasa lapang. Mampu membuatkan anda tersenyum sepanjang hari.

Namun, orang bukan islam jua boleh mencapai ketenangan. Tetapi ketenangan mereka amat berbeda dengan ketenangan yang Allah janjikan buat mukmin yang dicintai-Nya.

Ketenangan yang abadi. Ketenangan yang lebih bermakna.

Each day You wake me up in tranquility,

No fears  to cross your eyes,

Each day I wake in gratitude,

Thank You Allah, You let me rise up.

Ketenangan yang Allah mahukan untuk mukmin adalah ketenangan kerana-Nya, bukan kerana dunia yang selesa ini, penuh dengan kesoronokan yang memuaskan nafsu kita.

Jika jiwa mukmin itu resah, bukan kerana kurangnya duit, bukan kerana berkurangnya kasih sayang manusia, tetapi resahnya jiwa mukmin itu pabila tidak  mendapat perhatian dan cinta dari-Nya.

Dalam mencari erti ketenangan yang sebenar, pastikan jiwa anda bersih dan sihat. Mana mungkin hati penuh maksiat itu tenang. Lumpur-lumpur kotor jahiliyyah itu perlu anda  bersihkan terlebih dahulu. Barulah benih cinta kepada-Nya disemai dan ditapakkan.

Kemudian, cambahkan ia dengan penuh rasa kehambaan kepada-Nya. Cambahkan ia dengan berhati-hati, pastikan cambahan cinta kali ini tiada gangguan dari cinta yang lainnya. Pastikan cambahan cinta kali ini membuahkan hasil, bukanlah hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Pastikan cambahan cinta kali ini sedalam-dalamnya, bukan hanya sekadar di permukaan, ibarat pasir di tepi pantai, mudah hanyut pabila ombak datang.

Any given time,

He will be there for you,

I don’t have to say about it no more.

Any given time,

He will be there for you,

For sure, you have to embedded Him in your living soul.

Any given time,

You will see the beauty of Him.

Any given time,

I am out in fighting the devil,

But with You,

I never felt fought it by myself,

Indeed, i fought it with You.

Any given time,

I read thousands of books,

But with You,

I never read it by myself.

Any given time,

Even when i am all alone,

When i am not alone,

You will always be there,

As You are closer than the veins in my neck.

Even i am the greatest  person in the world,

Touching the sky of the universe,

You  will always be there,

As You are closer than the veins in my neck.

 

Anda masih resah sehingga sekarang ?

Mungkin kerana anda tidak memberikan cinta yang ada dalam hati anda kepada Dia.

Carilah diri anda semula. Dan carilah diri anda semula bersama dengan Dia.

Kembali kepada asal-usul anda.

Yakinlah Dia pasti menolong anda !

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s