guruku dihatiku

Bismillah.

Salam dakwah.

Semoga para pembaca menerima khabar-khabar gembira dari ayat-ayat-Nya hari ni.

*****************************

Kau abdikan dirimu untuk semua

Menerangi gelapnya dunia

Ikhlas hatimu bicara

Kau lakukan demi cinta

Yang kan membawamu ke syurga

Oh guruku

Di hatiku

Doaku untukmu selalu…….

 

Terdengar sebuah lagu nyanyian sebuah kumpulan nasyid yang popular di tanah air, menghiasi telinga hari ini.

Lagu ini khas untuk guru-guru yang telah banyak mendidik saya sejak saya mula lahir ke dunia.

Guru pertama adalah ibu bapa saya sendiri.

Penat lelah mereka mengajar saya tentang bagaimana untuk memulakan hidup di atas muka bumi ini. Terkenang cerita-cerita yang umi dan abah cerita tentang bagaimana saya mula belajar berjalan, belajar memanggil mereka umi dan abah, dan pelbagai ragam yang tidak boleh dilupakan.

Guru kedua saya adalah semua guru yang telah banyak mengajar saya erti belajar di atas muka bumi ini. Bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, dan sehinggalah sekarang ke peringkat yang lebih tinggi.

Tadika menyimpan terlalu banyak kenangan manis. Seperti juga kanak-kanak lain suka main-main. Pagi-pagi naik van, baca doa naik kenderaan kuat-kuat ( semua doa baca kuat ). Dalam kelas tidak pernah duduk statik, ada sahaja yang mahu dilakukan meskipun sudah duduk di atas kerusi sendiri dan guru sudah pun ada di hadapan sambil memegang buku pelajaran pada hari tersebut. Cuit kawan, ambil barang bawah meja dan buka beg.

Kawan-kawan tadika saya, anda masih ingat pada saya ?

Sekolah rendah juga ada kenangan yang tersendiri. Mula kenal tanggungjawab setelah kali pertama dilantik sebagai pengawas sekolah. Macam-macam tugas rupanya pengawas sekolah, paling berfungsi sewaktu perhimpunan rasmi sekolah. Macam juga anda yang pernah jadi pengawas, jaga kantin, jaga pintu pagar sekolah, catit nama, ini semua tugas biasa bukan ?

 

Sekolah menengah kenangan yang saya paling suka. Pahit atau manis, kesemuanya saya suka. Mula kenal erti matang. Bila masuk sekolah menengah baru tahu belajar adalah satu proses yang susah. Banyak subjek, banyak kerja rumah, banyak kelas tambahan, banyak aktiviti, dan bertambah juga tanggungjawab. Dan paling bertambah adalah pengalaman hidup. Pelbagai perkara yang saya hadapi. Masalah apatah lagi. Memang satu bentuk tarbiyyah yang sangat berkesan.

Guru-guru banyak membantu diri saya. Ada yang sampai saya menangis depan mereka, mengadu segala masalah, tumpang kereta mereka, panggil mereka umi, dan tidur di rumah mereka, masak bersama mereka. Sangat suka dan sayang pada guru-guru kerana mereka sanggup menerima apa jua keadaan diri saya.

Maaf guru-guru jika saya seorang pelajar yang degil dan nakal, tidak mendengar kata dan tidak dapat menghadiahkan kejayaan yang cemerlang, ada lagi pelajar lain yang lebih layak patut guru-guru semua banggakan.

Jangan risau, saya sentisa berdoa untuk guru-guru setiap masa.

Saya tidak akan pernah lupa pada guru-guru semua !

*********************************

Ya Allah,

Kau peliharalah hidup guru-guruku,

Setiap masa dan setiap tempat,

Seperti Kau pelihara diriku ini.

Ya Allah,

Kau tingkatkanlah iman dan aqidah guru-guruku,

Kerana sesungguhnya ikatan aqidah kami adalah ikatan terkuat,

Berbanding ikatan guru dan pelajar yang kami jalinkan.

Ya Allah,

Kau berikanlah kebahagian kepada guru-guruku dan keluarga mereka,

Jika kau titipkan kedukaan atau masalah untuk diri mereka,

Maka,

Kau berikanlah jalan penyelesaian kepada mereka.

Ya Allah,

Kau murahkanlah rezeki mereka,

Sebanyak mana ilmu yang telah mereka sedeqahkan sepanjang mereka menjadi seorang pendidik,

Malah,

Ku harapkan rezeki mereka lebih dari itu,

Kerana aku tahu Kau Maha Pemurah, Maha Pemberi Rezeki.

Ya Allah,

Kau berkatilah kerjaya mereka sebagai seorang pendidik,

Kau permudahkanlah urusan mereka,

Kau bukakanlah pintu kesemua anak murid mereka,

Agar sentiasa mendengar cakap.

Ya Allah,

Kau berikanlah kejayaan buat kesemua anak murid mereka,

Kerana itulah hadiah paling berharga untuk mereka.

Ya Allah,

Sesungguhnya harapanku adalah,

Agar kesemua guruku menjadi ahli jannah-Mu,

Inilah setinggi-tinggi pengharapanku,

Ku sangat berharap,

Agar Kau kabulkanlah permintaanku ini.

 

p/s : cikgu-cikgu semua, masih ingat pada saya tak ?

 

 

Advertisements

2 thoughts on “guruku dihatiku

  1. alhamdulillah….penulisan yg ana rase benar2 dalam diri enti, insyAllah ana bakal seorng guru, dan seorng murabbi , mentarbiah ank-ank sekarang bukan mudah tapi buknnya payah jika adenye pertolongan dari ALLAH=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s