apa caranya ?

Bismillah.

Salam dakwah.

Semoga tarbiyyah Allah banyak mengajar hidup para pembaca hari ini, esok dan selamanya.

*************************************

Saya melihat satu mesej khidmat ringkas di dalam telefon bimbit seorang ukhti kesayangan saya semalam.

Ini yang saya baca, dan anda juga baca. Sila hayatinya.

Prtama2 skali nk mntk maaf byk. Utk progrm esok n y dlu2 jgk.jjur kte akui, kte n ahli beit mmg xbleh n xmmpu nk bg komitmen y tgi dlm progrm2 mcm ni.bkn brmksd kte mnolk tarbiah ataupn prkongsian ilmu.ktorg sume ok n suke dgn usrah y k buat tp entahlah..mgkn aktvt y mlbtkan prgrkn n prjlnn ni agk brat bg ktorg.mklumla cuti smiggu skali jek,(hehe) sbb 2 ktorg mngaku awl2,xdpt bg komitmen.  N mmgla ble dtg msir ni, xsmstinya bljr mdic shj tp 2lah.kte hrp sgt kak fhm n skali lg,mntk maaf bnyk2,sebnyk2nya!!

Klu ad org kata kak xbgus dlm mnjd naqibah,tu sume slh sbb kte rse kak ialh nqibh y trbaik skali y prnh jmp.pmurah..mmg xtrhtung sgt! Hny Allah je y dpt bls sgala jsa kak. N last bt not least,kte hrp sgt apa y kte ckp ni xkn m’jejaskn lgsung ukhuwah kte sume.n kte sgt m’alu2kan klu kak bn buat usrh lg.(ada simbol smiley)asif jiddan2!! ”

Terpaku saya membacanya. Kasihan dan rasa kagum akannya. Kasihan kerana kepalanya sudah serabut memikirkan cara yang efektif  untuk mengatasi masalah mad’u atau mutarabbi yang sebegitu.

Kagum kerana Allah memberinya tarbiyyah yang sebegini hebat. Selama saya menjadi murabbi, alhamdulillah mutarabbi selama ini mendengar cakap. Kalau disuruh pergi program mana-mana, mereka akan hadir. Cuma ada kekurangan pada bahagian lain pula.

Dan memang kepala saya serabut memikirkan masalah mutarabbi saya !

Pada saya, semua murabbi menghadapi masalah yang tersendiri dalam mentarbiyyah mutarabbi mereka.  Cuma terkadang tidak mahu berkongsi dengan ukhti lain, dan kalau diceritakan mungkin jalan buntu yang dijumpai.

Semakin berbelit masalah, apabila naqib atau naqibah kepada murabbi tadi bertanya tentang qadhaya anak mutarabbi yang dibina. Terkunci mulut rasanya untuk menceritakan masalah yang serupa saban minggu.

Anak usrah saya tak nak gerak lagi kak.”

Ntahlah dyorang tu, nak kata tak tadabbur, memang setiap minggu tadabbur. Tapi tak faham-faham  jugak dakwah ni wajib. ”

Saya plak masalah lain kak. Katanya mutabaah amal ni berat. Ini tak boleh tambah, itu tak boleh tambah. Sampai tanya ada ke hadis tentang kena buat mutabaah amal ni. ”

Memang pening.

Ini baru masalah biasa. Belum masuk masalah yang lebih komplikated lagi.

************************************

Masuk kepada topik anak mutarabbi yang masih belum mahu bergerak.

1)      Malas bergerak membawa dakwah.

Kedua-duanya mempunyai perbuatan yang sama. Malas untuk bergerak. Mahu berada di takuk lama. Tidak mahu keluar dari zon selesa.

Bergerak  adalah sejenis perbuatan yang memerlukan tekad yang kuat, dan kemampuan anggota badan untuk melakukannya.

Jika cacat salah satunya, mungkin akan membuatkan proses bergerak tadi sedikit sukar.

Bergerak demi dakwah lain pula ertinya dalam hidup seorang daie itu. Ternyata seorang daie itu sedar bahawa dia mesti bergerak ke luar untuk menyebarkan Islam kepada yang lain.

Mana mungkin dakwah itu digerakkan dari rumah.

Malah, seorang daie itu tidak sewajarnya duduk bersembunyi di rumah, mengakui dia telah membawa dakwah. Seronok masa hujung minggu membuangkan penat lelah setelah kuliah 5 hari seminggu.

Hujung minggu la baru ade masa untuk diri sendiri.

Adakah Rasulullah sebegitu ?

Adakah para sahabat juga sebegitu ?

Masa rehat seorang daie itu kerugian buat ummah !

Sedarkah kau tika saat engkau menarik selimut, merebahkan badan di atas katil yang empuk, berapa ramai ummat Islam yang makin tenggelam dalam jahiliyyah ini ?

Masih juga kau malas untuk membawa dakwah setelah kau menyedarinya wajib !

Teringat saya akan kisah Habib An-Najjar yang dikisahkan dalam surah Yaasin, ayat 20. Betapa Habib An-Najjar itu kuat semangatnya dalam membawa Islam, berlari ke sana sini membawa cahaya kebenaran setelah dirinya Islam.

Dapat Islam terus gerak. Bila beriman terus gerak, menyampaikan kepada orang yang tidak tahu tentang apa yang kita tahu.

Daripada kisah ini, dapat saya simpulkan, bahawa hakikat iman itu bergerak.

Iman bukan sejenis benda yang statik.  Hanya dapat diaplikasikan apabila kita membuatnya. Iman akan bergerak apabila kita bergerak keluar dari kepompong, dan terbang bebas ke dunia luar, menyuarakan suara-suara kebenaran buat ummah, sebagaimana bebasnya seekor rama-rama yang terbang.

Apakah tidak cukup lagi pengisian tarbiyyah yang anda terima ?

Apakah tidak cukup lagi syurga Allah itu sebagai pencetus semangat anda untuk membawa dakwah ?

Apakah rasa malas anda itu lebih utama daripada balasan ( yang tidak baik) yang Allah akan beri kepada anda kelak ?

Apakah tidak cukup lagi mata anda melihat ummah ini kian hancur, masih juga mahu berdiam diri ?

Atau anda masih khuatir tentang hukum dakwah ini ?

2)      Malas bergerak ke luar untuk pergi ke mana-mana program.

Kak, kite rasa jemaah kena tukar sistemlah. Mane boleh paksa-paksa orang pergi program-program ni.”

Sampai begini sekali pemikiran anak mutarabbi yang dibina. Bukan salah program, malah jauh sekali salah jemaah yang menganjurkan program tersebut !

Ini salah diri sendiri. Usah kau tundingkan jari kepada orang lain !

Kau itu yang terlalu banyak alasan !

Usrah  hanyalah salah satu daripada wasilah tarbiyyah. Program luar, seperti mukhayyam khoriji, daurah, jaulah, iftar jamaie, mabit atau apa jua, merupakan wasilah tarbiyyah.

Waktu programlah, waktu untuk kita berkenalan dengan ukthi-ukhti dari tempat lain yang sefikrah dengan kita. Waktu untuk mengeratkan ukhuwwah fillah. Rasa semangat bila dapat jumpa ukhti bukan ?

Waktu programlah, waktu untuk kita mengaplikasikan apa jua nilai tarbiyyah yang kita dapat dalam usrah.

Waktu programlah, waktu kita akan dapat pengisian yang mungkin sahaja lebih menarik daripada orang lain selain dari murabbi kita.

Waktu programlah, kita akan mengetahui bahawa dakwah ini bukan terhad kepada satu bentuk sahaja. Malah dakwah adalah sejenis seni !

Adakah terlalu banyak urusan kau sehingga kau terpaksa menolak ke tepi program-program yang perlu dihadiri ?

Kau pasti hal yang lain itu lebih utama ?

Kau pasti kau telah menjadi seorang Muslim yang tahu menyusun waktunya ?

Kau pasti kau pandai menyusun prioriti diri sendiri ?

Bukan saya ingin menunding jari kepada sesiapa. Boleh diterima jika alasan yang diberikan untuk tidak menghadiri sesuatu program itu munasabah pada akal. Dan pastikan diri anda mengetahui tentang prioroti diri dan tahu menyusun masa dengan lebih bijak.

kalau dah tahu ade daurah minggu depan, studylah pulun sikit minggu ni. ”

malam ni aku ada mabit la. Lain kalilah kite keluar yek.

minggu depan ade tusyen. Kena cakap siap-siap ngan naqibah. Mane tau kot boleh adjust ke tarikh mukhayyam tu . ”

Percayalah, anda tidak akan rugi jika menghadiri program-program luar.

Tarbiyyah dari program yang kita dapat, adalah untuk diri  sendiri.

Maaf, entri terlalu panjang dan membosankan.

Maaf juga jika ada yang terasa hati.

2 thoughts on “apa caranya ?

  1. syukran..ana baru je dan nk baca entri anti ni..

    ermm..berbaur rasa hati…x tau nk komen apa..

    teringat anti bg ana lagu Yassin-Terbang tinggi :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s