bukan bangunan biasa

 

 

Dengan nama Allah.

Semoga mencurah-curah rasa taubat kepada-Nya buat pembaca hari ini.

**********************************

Ternyata membina bangunan itu senang. Hanya perlu ada seorang arkitek yang kreatif, kontraktor yang berjaya, pekerja-pekerja binaan yang rajin, alatan pembinaan dan kos yang mencukupi.

Setinggi manapun bangunan yang dibina, akan runtuh jua satu hari nanti. Tidak perlulah dibangga mana. Sekadar kagum dengan kecerdikan arkitek  tersebut mereka bangunan yang sudah tertegak di hadapan mata, saya kira sudah cukup. Rasa kekaguman itu haruslah dipulangkan kepada yang berhak, Allah yang Maha Bijaksana, kerana Dia yang telah mengilhamkan idea tersebut kepada arkitek tadi.

Bagaimana pula membina manusia ?

Manusia bukan bangunan biasa. Ianya bangunan yang perlu dibentuk baik-baik secara tersusun dan berhati-hati.

Membinanya memerlukan kesabaran yang tinggi. Mana mungkin kita dapat membina Siti Khadijah, Saidatina A’isyah dan pejuang-pejuang agama wanita yang lain dalam sekelip mata, sehembus nafas.

Bagi kita, sebagai seorang murabbi, ternyata rasa kurang sabar terkadang menjengah jua setelah melihat anak mutarabbi kita tiada perubahan setelah bertahun lamanya kita memberinya nafas tarbiyyah.

Hish, anak usrah aku ni la. Dah setahun usrah, tak jugak berubah. Adoi…”

Wajarnya, kita sebagai seorang murabbi perlulah menjadi seorang doktor yang hebat dalam mendiagnosis pesakitnya. Maka setelah dikesan penyakit yang dihidapi, barulah kita memberinya ubat yang sepatutnya bagi merawatnya.

Rasa kurang sabar itu dicetuskan oleh sejenis makhluk Allah yang memang berkehendakkan kita agar masih terpalit dosa meskipun sudah mengaku membuat dakwah, mengikut arus tarbiyyah.

Dan rasa kurang sabar itu adalah nafsu yang tidak baik.

Wahai murabbi dan murabbiyah sekalian !

Tahukah kamu apa yang sedang kamu bina itu ?

Kamu sedang membina manusia. Maka, kau perlu dan wajib bersabar dalam menanti perubahan dari dirinya ! Kau mesti arif bahawa tarbiyyah jahiliyyah telah lama menapak dalam dirinya, maka, butuhkan masa yang lama juga untuk memberinya tarbiyyah islamiyyah.

Kamu bukan membina bangunan biasa, malah lebih hebat dari itu !

Jangan sekali-kali kau letakkan salah kepada mereka secara total. Pandang diri kau kembali !

Apakah diri kau, yang kau akui murabbi dan murabbiyah telah betul-betul meninggalkan kesemua jahiliyyah diri ?

Sibuk sahaja mengharapkan mutarabbi akan berubah, walhal diri sendiri masih di takuk lama meskipun sudah sekian lama dalam jalan ini !

Apakah diri kau betul-betul rela dan ikhlas dalam mengajak mutarabbi sama-sama membuat dakwah, atau ianya hanya sekadar arahan dari murabbi atau murabbiyahmu yang menugaskan kamu untuk menebarkan jala seluasnya kepada orang sekeliling ?

Apakah ianya ajak-ajak ayam semata ?

Pastikan diri kau betul-betul ikhlas dalam melakukannya, barulah kau akan fahami perlunya bersabar dalam membina mutarabbi.

Kita ini bukan membina bangunan biasa, malah luar biasa.

Sehingga kita mampu membuka cakerawala ini ke dalam penglihatannya,

Sehingga kita mampu memijak bara api jahiliyyah dalam dirinya,

Sehingga kita mampu bawa dia terbang bersama ke atmosfera membawa naungan islam itu ke seluruh dunia.

Tidak perlu berhenti, jangan sekali-kali berfikir untuk berhenti !

Berjuanglah sampai saat mata kita bersinar saat melihat kejayaan mutarabbi kita.

Cuba dengan sabar dalam membuat mutarabbi kita mengerti sepertimana seorang emak bersabar untuk melihat anaknya berjalan buat kali pertama.

 

 

 

 

 

 

Advertisements

One thought on “bukan bangunan biasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s