apa jawapannya ?

Bismillah.

Salam dakwah.

Moga  bayu angin ciptaan-Nya masih para pembaca rasai sehingga saat ini.

*********************************

Jika ditanya mengapa  ikut usrah ?

” sebab mak yang paksa ”

” sebab kena tarik dengan akak-akak yang rajin sangat masak untuk saya dulu ”

” sebab bakal suami ade usrah, jadi kalau nak nikah dengan dia, kena masuk usrah dulu ”

************************************

Apa agaknya jawapan anda ?

Ini jawapan saya.

Sebab saya rasa usrah boleh jaga iman saya. Boleh jaga tarbiyyah diri saya. Boleh mengingatkan saya kepada Allah biarpun sekejap.

” Banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh jaga tarbiyyah. Ada ceramah-ceramah agama, kelas-kelas tafaqquh, kaset-kaset pun boleh beli kat kedai biasa. ”

” Kenapa pilih usrah ? ”

Sebab usrah ada murabbi yang lebih tahu tentang diri kita. Jadi, murabbi boleh kenal kelemahan diri  dan dia akan cuba sedaya upaya menolong kita untuk mengubahnya.
Sebab usrah ada setiap minggu. Saya mahukan benda yang konsisten (follow-up) setiap minggu kerana saya tahu iman saya naik turun setiap hari, malah setiap detik.

” Join usrah je dah lah, tak perlu la jemaah-jemaah ni. ”

Jawapan saya,

Jemaah hanyalah wasilah saya untuk lebih tersusun dalam berdakwah. Rasulullah sendiri mempunyai para sahabat yang sentiasa akan menyokong Baginda dari belakang, apatah lagi saya, hanya insan biasa.

Jadi, saya sangat memerlukan para pejuang yag sama fikrahnya dengan saya. Siapa lagi kalau  bukan dengan orang yang sama jemaahnya dengan saya ?

” Jemaah dah banyak sangat dah. Tak pecah belah ke ummat nanti ? ”

Jawapan saya,

Tidak. Kerana setiap jemaah Islam hadafnya sama, iaitu untuk menegakkan kalimah Allah itulah cita tertinggi.

Cuma caranya yang berbeza. Ada yang menggunakan wasilah dakwah dan tarbiyyah. Ada yang menggunakan politik.

Dan pilihan terletak dalam tangan kita untuk menyertai jemaah yang mana rasa sesuai, yang rasa dakwah kita akan bergerak lancar.

Bukanlah pilihan itu tertakluk kepada jemaah yang paling popular.

Bukan jua tertakluk kepada jemaah yang paling ramai ahlinya.

Tetapi tertakluk kepada perjuangan dakwahnya !

Masjid juga banyak pintunya bukan. Masuk menggunakan mana-mana pintu, akan masuk ke dalam masjid yang sama.

Mazhab juga banyak, tetapi perlukah kita bertelagah tentang perbezaan mazhab yang kita anuti dengan orang lain anuti ?

Banyak lagi hal penting daripada bertelagah benda-benda kecil seperti ini. Aqidah lebih penting untuk diselamatkan daripada membiarkan masa terbuang dengan pertanyaan yang tidak perlu untuk dijawab.

Cuma jemaah sahaja yang banyak, tetapi matlamatnya tetap satu !

 

p/s : soalan-soalan lain bakal menyusul……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s