pak cik jual tisu

Bismillah.

Salam ukhuwwah.

Moga berhujan-hujan rahmat dari-Nya buat pembaca hari ini.

****************************

“ Laku ke pakcik ni jual tisu? Tiap-tiap hari dia jaja tisu dia kat kubri ni ” getus hati kecil saya tatkala melihat seorang pakcik arab yang sangat bersungguh-sungguh menjual tisunya.

Bayangkan setiap hari pak cik arab tersebut berjalan dari kenderaan ke kenderaan yang lain untuk menjual tisunya. Kalau di Malaysia, tisu hanya dijual di kedai atau pasaraya, tidak perlulah dijaja ke sana sini. Ambil di mana-mana rak yang ada tisu, pergi kaunter, dan terus bayar.

Lain pula situasinya di Mesir ini, malah kesungguhan pak cik tersebut mempromosikan tisunya membuatkan saya kagum dengan semangat beliau.

Pakcik, saya kagum pada anda !

Bukan senang untuk melariskan jualan.

Bukan mudah untuk melihat jualan sendiri rugi.

Bukan senang untuk menerima tohmahan ketika menjual barangan sendiri.

Bukan mudah untuk mempromosi, memperkata itu ini tentang kebagusan barang yang dijual.

*********************************

Sedarlah, kita seorang daie ibarat seorang penjual yang sedang menjaja sesuatu. Menjaja sesuatu yang amat berharga untuk ummah ini. Harganya tidak ternilai, ibarat taburan emas seluas Banjaran Himalaya, menggunung tinggi bak Everest yang bersalji.

Dan pastinya penjualan ‘ barangan ‘ istimewa itu tadi, tidak akan laku selagi tiada pembelinya.

Lakunya terletak kepada siapa ?

Sudah tentulah kepada penjualnya. Si penjual tadi mesti mengetahui keistimewaan barang yang dijual. Bahkan, bukan sekadar tahu, malah telah merasai sebelum menjualnya.

Kita sebenarnya sedang menjaja Islam di merata tempat, kepada semua orang, kerana kita tahu semua orang layak bahkan perlu membeli Islam untuk santapan jiwa mereka.

Usah kau hirau laku atau tidak. Jual sahaja !

Kerana jualanmu itu yang dikira. Tunjukkan segala usahamu, korbankan segala kudratmu !

Kau bawalah kemana jua, redah onak dan duri, biar badai datang melanda, gagahi jiwamu dan bawalah barang jualanmu itu !

Setiap masa kau mesti menjualnya, tidak perlu kau berhenti walau sekali, biar panas terik mentari, biar hujan membasahi bumi !

Jualkan kepada semua, bukan pada yang hanya ada duit untuk membelinya, malah kau jualkanlah kepada yang telah menjualkan hatinya kepadamu. Nescaya, mereka akan senang hati untuk membeli darimu !

Kamu mesti ada cara promosikan baranganmu itu, kerana barangan jualanmu itu sudah asing di kaca mata pembeli. Promosi dengan apa jua cara, biar mereka tahu betapa Allah jua mencintai barangan jualanmu itu !

Kamu mesti bersungguh-sungguh, usah kau jual dengan sambil lewa kerana ramai lagi penjual-penjual lain yang sedang bersaing dengan kau. Rebutlah peluang keemasan ini, kerana akan tiba masanya nanti jualan ini akan terhenti setelah maut menyapa diri !

Apa lagi yang kau tunggu ?

 

p/s : Kubri = jambatan dalam lahjah Arab Ammiyyah

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s