waktu lalu

Bismillah. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Salam dakwah. Salam ukhuwwah.

Semoga haruman islam terus mewangi dalam diri pembaca hendaknya.

****************************

Perbualan selepas makan yang meninggalkan kesan mendalam terhadap diri saya. Sehingga sekarang terasa pahitnya dosa-dosa lalu.

“ Kami masuk kelab anti couple. ”

“ Kite anti kot.”

“ Ha, yang ni muka couple.” Kata seorang ukhti kepada saya. Dia pandang tepat ke arah muka saya.

“ Kak N pernah. ”

Saya terkejut pada mulanya. Kemudian malu, terus masuk meluru ke dalam bilik. Duduk menyendiri menghadap buku-buku pelajaran. Kemudian sedar, yang mata hanya menatap, fikiran melayang.

Mula terkenang masa-masa jahiliyyah lalu. Bagaimana dosa mula menyeliputi dan membalut diri ini. Membuatkan diri alpa seketika akan fitrah manusia yang sebenarnya bahawa cinta itu hanya untuk Allah sahaja.

Saya akui, saya pernah memberinya kepada makhluk manusia daripada kaum Adam. Sewaktu itu, diri sendiri hanyut, dunia ini terasa indahnya, terasa dunia ini kita yang punya. Tidak cukup kasih sayang yang diberi oleh ibu dan ayah, dicarinya cinta dari makhluk yang tiada ikatan darah,tidak halal bagi diri ini.

SEDANGKAN ITU TIDAK SEPATUTNYA DIBUAT !

ASTAGHFIRULLAH !

Terima kasih kepada ukhti-ukhtiku yang memberikan pengajaran kepada diri ini. Terima kasih atas perbualan yang meninggalkan kesan. Tetapi juga ingin menyatakan diri ini agak sedih mendengarkan perbualan itu.

***********************************

Memang benar jahiliyyah itu pernah menapak dalam diri ini !

Tetapi itu tidak bermakna aku tidak mahu membuangnya,

Cuma sewaktu itu aku  belum berjumpa dengan cinta yang sejati dan hakiki.

Memang benar jahiliiyah itu pernah aku lakukan !

Tetapi tidak bermakna kau terlalu mulia,

Sedarlah, kita ini manusia, ada jahiliyyah yang tersendiri,

Janganlah kau sibuk mengata, sibuk mencela, sedangkan mereka itu jahil, tidak mengerti,

Menjadi tugas kita untuk membetulkannya, berdakwah kepada mereka, menunjukkan kesan tarbiyyah kepada mereka.

Memang aku akui, aku pernah jahil satu ketika dahulu,

Tidak ditarbiyyah awal seperti kamu,

Tidak berusrah awal seperti kamu,

Namun, ingatlah !

Itu tidak bererti kamu yang paling bagus, paling mantap ,

Itu tidak menjamin kamu akan terus kekal dalam jalan ini ,

Maka, teruskan berdoa agar kau akan terus tsabat dalam jalan ini sehingga ke denyutan nadi yang terakhir.

Memang aku akui, aku lambat tersedar,

Tetapi aku mahu kau menanamkan,

Rasa segan kepadaku,

Rasa hormat kepadaku,

Tanda aku sudah rasai asam garam kehidupan ini lebih daripadamu ,

Aku tahu apa yang berlaku di dunia luar,

Kerana aku juga pernah selesa berada di dunia itu,

Dunia tanpa tarbiyyah itu ,

Dunia yang tidak kenal erti dakwah itu ,

Dunia yang penuh keseronokan itu.

Namun kini ,

Aku sedang merasai manisnya tarbiyyah ,

Indahnya berukhuwwah dengan ukhti-ukhti fillah ,

Terasa damainya hati ini dengan cinta Ilahi ,

Terasa mutma’innahnya jiwa dengan linangan taubat air mata ,

Terasa senangnya hati untuk menjualkan Islam ini kepada semua orang !

********************************

Allah, terima kasih kerana masih lagi Kau ambil perhatian tentang diri ini.

Allah, terima kasih kerana masih lagi Kau mahu menyelamatkan diri ini.

Allah, terima kasih atas segalanya !

 

 

 

 

 

 

Advertisements

3 thoughts on “waktu lalu

  1. yup, bertuahnya orang yang dapat merasai kemanisan iman itu,
    perkara lepas biarkan ia berlalu, semoga Tuhan menerima taubat kita,
    sama-sama perbaiki diri.

    Manusia mana yang tidak pernah melakukan silap? Sebaik-baik manusia yang melakukan kesilapan ialah mereka yang sentiasa memohon keampunan daripada Tuhan

  2. bertuahnya mereka yang dapat menikmati kemanisan iman,
    perkara lepas biarkan ia berlalu.

    Manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan?

    Sebaik-baik manusia yang melakukan kesilapan ialah mereka yang sentiasa memohon keampunan daripada Tuhan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s