jiwa kacau

Bismillah.

Salam dakwah. Salam ukhuwwah fillah.

Moga mutama’innah islam sentiasa menyelubungi diri hendaknya.

***********************************

 

Tadi berbual-bual dengan seorang ukhti di rumah ukhti yang lain. Dia datang mengadu kepada kami akan masalah yang dia hadapi. Masalah yang saya kira agak rumit, mungkin mampu untuk membuat jiwanya kacau dan pemikirannya tidak menentu.

Pada awalnya berbual benda biasa, bual suka-suka. Namun, Allah membenarkan kami untuk melihat apa yang sebaliknya yang terjadi dalam hidup ukhti saya tadi.

“ A, datanglah rumah N. Cuba tanya F, rumah N besar mana ? ”

“ Hall rumah tu je dah sebesar rumah aku ni ha. ” balas F dari dapur.

“ Wah, besarnya. Nak datanglah.”

“  A tak nak pindah rumah ke ? ”

“ Nak pindah. Nak lari.”

“ Hah, nak lari. Lari dari apa ? ”

“ Lari dari tanggungjawab. Lari dari masalah. ”

Dalam hati saya mula terdetik, ukhti saya ada masalah rupanya. Terasa malu apabila sedar yang diri ini tidak cukup mengambil berat terhadapnya lagi.

Maaf ya ukhti kerana lambat menyedari.

Setelah dapat menyedekahkan telinga, membukakan hati untuk mendengar masalahnya, barulah saya terasa lega. Rumit juga. Sampai terganggu pelajarannya. Sampai tidak teratur urusan hidupnya. Saya sekadar memberi nasihat seperti biasa, dengan harapan dia akan tenang-tenang sahaja.

************************************

Dalam perjalanan pulang, saya pulang sekali bersamanya, sekali lagi saya memberikan nasihat.

“ A janganlah fikir-fikir sangat. InsyaAllah selesai. Allah rindukan air mata A, sebab tu Allah bagi masalah. Allah nak A menangis. Jangan ego ye dengan Allah. ”

“ Okai.”

“ Banyakkan tahajjud kepada-Nya. Banyakkan qiam. Solat istikharah. Mintak diberi petunjuk. Jangan kecikkan skop solat tahajjud tu. Tiap hari bleh buat. Dalam hidup seharian kita, kita memilih kan ? ”

“ Mintak kat Allah supaya Allah bagi yang mana betul. Ada surah-surah tertentu ke ? ”

“ N tak tahu plak yang tu. Setakat ni N baca je semua surah. ”

**********************************

Dan ini kata-kata yang tidak sempat untuk saya ungkaikan buat ukhti saya tadi. Harap bila dia membaca kata-kata ini, terubat sedikit kekalutan di jiwanya.

Sayang,

Masalah itu dari Allah,

Maka penyelesaiannya pada Allah,

Maka kembalilah kepada Allah.

Sayang,

Jangan kau anggap masalah itu teramat sukar,

Kerana ramai lagi di luar sana yang lebih berat masalah darimu, bahkan tidak tetanggung,

Maka, bersyukurlah kepada Allah kerana nikmat lain masih ada pada dirimu.

Sayang,

Jangan kau terlalu bersedih kerana masalah itu,

Air mata kau tidak layak untuk menangisi dunia yang serba indah ini,

Hanya layak untuk menangisi kehambaan diri, pengampunan dosa-dosa lalu,

Maka, senyumlah untuk hari ini, esok dan seterusnya biar senyuman itu jadi pengubat walang di hati.

Sayang,

Masalah yang menimpa tanda tibanya masa,

Tibanya masa hamba perlu kembali kepada Tuhannya,

Tibanya masa sejadah perlukan penyujudnya,

Tibanya masa  beradu tidak perlu terlalu selesa,

Tibanya masa doa memerlukan penadahnya,

Tibanya masa hati memerlukan pemulihan segera,

Maka,

Kau wahai sayangku,

Kembalilah kepada Allah.

Kerana kau bukan seorang.

Kau ada Dia, sepanjang masa, dimana jua kau berada.

 

 

 

6 thoughts on “jiwa kacau

  1. …وربك فكبر…maka, besarkanlah Tuhanmu.Apabila kamu membesarkanNya, maka, segala -gala sekeliling kamu menjadi kecil. Menandakan hakikat bahawa Dia yang Maha Besar.Maka, tiada yang lebih besar selain Dia. Sebesar mana masaalahmu, sebesar mana, dosamu, maka Yang Maha Besar itu lebih Besar Maka kembalilah kepadanya. Mungkin masaalah itu, untuk mengingatkan kita bahawa Dia lebih besar dan Maha Besar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s