aim high !

Bismillah.

Salam dakwah. Salam ukhuwwah.

Semoga iman sentiasa terpelihara.

*******************************

Terkesan dengan status seorang ukhti di dalam laman facebook hari ini.

once you’re a muslim..you must AIM HIGH!!!
bkn syurga biase, but aim for syurga firdaus..
bkn exam cukop2 mkn tp aim for excellence..
bkn stakat degree but aim for 10 sets of masters..<–this one sounds impossible,,gagaga!~
let people think it’s impossible,,don’t ever belittle yourself..

Memang segalanya kena letak yang tertinggi. Bukan lagi matlamat biasa. Tetapi tummuhat. Impian yang tertinggi.

Impian bagai melangit tinggi,

Bak burung helang yang sentiasa panas sayapnya,

Tingginya langit tidak menjadi masalah,

Cuma kudrat badan atau kekuatan sayap yang menjadi faktornya.

Apa erti tummuhat bagi seorang Muslim ?

( Dalam kata lain) Apa matlamat tertinggi seorang Muslim ?

Tummuhat kita adalah tummuhat tarbiyyah. Tummuhat tertinggi adalah tummuhat dakwah. Islam menjadi ustaziyatul alam. Islam menjadi penaung dunia. Islam menjadi agama universal, bukan agama rasmi negara-negara tertentu sahaja.

Sehingga Allah semata yang menjadi sembahan di muka bumi ini. Tiada ilah lain selain Dia. Tiada rabb lain selain Dia. Tiada malik lain selain Dia. ( rujuk surah An-Nass)

Dan hala tuju tummuhat tarbiyyah kita ?

Hala tujunya hanya satu. Demi Allah. Apa jua jenis tarbiyyah yang kita dapat, kita sertai, kita semai dalam  hati, tarbiyyah hanya semata berkesan sekiranya kita yang mengaplikasi. Tarbiyyah kita ini ada caranya. Usrah atau apa segala jenis wasilah tarbiyyah yang lainnya tidak menjanjikan kita apa-apa sekiranya kita hanya berada di takuk lama. Sehebat mana murabbi kita, jemaah kita, seramai mana mutarabbi kita, jua tidak menjanjikan apa-apa sekiranya kita tidak lagi mampu menjaga tarbiyyah dzatiyyah.

Jadi selepas ini, tanam tummuhat dalam diri, dan bila siap dibaja dan disemai biji benihnya, bersedialah untuk menuai hasilnya.

Sudah semestinya, hasil semaian terletak pada diri kita, bukan orang lain !

 

 

 

2 thoughts on “aim high !

  1. Semasa aku muda dahulu itulah juga motto hidup ku…Aim for the Moon if you did not reach it, you will be among the star…Aim for A+, if you did not get it you will definitely be getting A- but not C or D…..bila aku tua inilah juga moto hidupku…kenapa..bukankah aku Khalifah dibuminya..bukankah aku penyebar rahmat bukan sekadar Malaysia tapi seluruh alam….bukankah aku ummat terbaik dikeluarkan untuk manusia…manusia mana…seluruh manusia…jika apa yang ditulis ini adalah pegangan hidupmu maka kejayaan adalah milik mu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s