ukhti

Assalamualaikum.

Salam ukhuwwah fillah.

Salam iman. Salam seaqidah. Moga iman terpelihara hendaknya.

***********************************

Beberapa hari yang lepas,ketika saya sedang menyemak bacaan Al-Quran seorang ukhti di masjid berdekatan dengan tempat belajar. Tiba-tiba ada seorang wanita arab menyapa  dengan lahjah arab ammiyah,

Assalamualaik. Ana uhibbukuma fillah. Ana Syaimma’ wenti ? ”

( Maksudnya : Assalamualaikum. Saya sayang kamu berdua kerana Allah. Saya Syaima’ dan awak ? )

Dan dia menguntumkan senyuman yang paling manis saya kira pernah saya terima dari seorang wanita arab. Sekaligus saya terkesan dengan tegurannya tadi. Dia ukhti kita. Dia ukhti seislam dengan kami berdua.

Inilah akhlak muslim. Menyapa tidak kira siapa. Hadiahkan salam dan senyuman untuk semua ( kaum sejenis ok ! ). Dan ini adalah antara wasilah dakwah yang saya kira antara yang berkesan. Menunjukkan betapa kita ini menyayangi ummah ini. Rasa sayang yang mendalam mampu menguatkan semangat, membulatkan tekad agar lebih bersemangat untuk menyelamatkan ummah ini yang kian berada di hujung tanduk dunia.

Kecundangnya kita sebagai daie, tanda pincanglah ummah !

Dan betapa membina ukhuwwah dengan semua penting. Bukan sekadar apabila dia menjadi target atau sasaran dakwah kita, malah ukhuwwah ini untuk semua.

Jangan sesekali anda berikan ukhuwwah yang palsu !

Ukhuwwah yang hanya sekadar terbatas di dalam usrah yang sama.

Ukhuwwah yang hanya sekadar terbatas di dalam rumah yang sama.

Ukhuwwah yang hanya sekadar terbatas kerana dialah ukhti kita, dialah mad’u kita.

Sudahnya, selepas kita sedaya-upaya mendapatkan dia, menebarkan jala Islam berulang kali, tidak juga dimakan umpannya, mula melupakan ukhuwwah yang telah dijalinkan dahulu.

Mad’u yang lepas kita tinggalkan di belakang, yang dihadapan mata dikejar sampai sudah.

Akhirnya, dua-dua entah kemana.

Akibatnya, ada yang berbunyi,

Dulu, akak ni rapat dengan aku. Sekarang tegur pun tak. ”

*******************************************

Dan baru-baru ini, ada juga berjumpa dengan Syaima’ di masjid yang sama ketika kami berdua sedang membetulkan tudung di hadapan cermin. Saya membuat keputusan untuk memulakan perbualan.

” Enti Syaima’ sah ? ”

” Sah ”

Dia tersenyum. Mungkin kagum kerana saya berjaya mengecamnya. Dan saya pun tersenyum. Kemudian, dia mengutarakan satu soalan yang saya kira tidak pernah saya ditanya sebelum ini.

( Saya terjemahkan terus )

” Awak dah minta ampun pada Allah selepas solat tadi ? ”

Dan saya menjawab,

” Sudah. Selepas solat tadi. ”

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s