1/1/11

Bismillah.

Alhamdulillah. Menjengah juga saya ke tahun yang baru. Semoga umur tahun baru ini lebih Allah berkati hendaknya.

Salam ukhuwwah fillah dan salam perjuangan.

******************************

Tadi pulang dari kelas Arab,

anti balik dululah. ana nak pergi beli plastik sampah

okai

Lalu, ana pun pulang ke rumah dengan kunci yang berada dalam tangan.

Sebelum ni dah la tak pernah bukak kunci rumah sendiri. camne nih ? ” getus hati.

Heh, cube je lah . ”

Sampai di hadapan pintu rumah. Cuba untuk buka pintu. Pusingkan kunci, kemudian…

Alamak ketatnya !

Beberapa kali saya cuba, memang ketat sangat. Sampai sakit jari-jemari tangan bila pulas tombol dan kunci sekaligus. Tangan mula mencapai telefon bimbit. Telefon kawan yang meninggalkan saya tadi.

Assalamualaikum. Anti, ana tak bley bukak la. Ketat sangat. Pusing kunci ni kemana ek ?

Ke kiri

Dah cuba dah. Ketat jugak . ”

Okai takpe2, ana dalam perjalanan balik. ”

Bila kawan saya sampai, dia pula yang cuba untuk membuka pintu.

Eh, ketatnya. Sebelum ni boleh je bukak macam biasa.”

Memang ketat. Sangat ketat.

Sampai kami sepak pintu tersebut berulang kali. Rungutan sudah banyak keluar dari mulut.

Dan akhirnya,

Alhamdulillah. Dah bukak pun

Ini baru sikit Allah duga seorang daie. Susah bukak pintu je pun. Dah tak leh nak sabar.

Malu lah dengan Allah hari ni. ”

Tarbiyyah ni. Kena tanam sabar dalam diri, untuk apa jua perkara. Kecik atau besar tak kira. ”

**********************************

Tarbiyyah pertama untuk tahun baru.

Tarbiyyah sabar membuka kunci pintu rumah yang ketat.

Apa jua perkara, mula dengan bismillah.

Apa jua perkara,. akhiri dengan alhamdulillah.

Sabar untuk apa jua perkara, kerana sabar kunci masuk syurga.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s