31 Disember 2010

Bismillah.

Salam dakwah dan ukhuwwah fillah.

Malam ini malam entri terakhir mylittlepencil pada tahun ini.

Akan mula menulis untuk tahun baru. Esok dan seterusnya.

**************************************

Tahun ini banyak perkara yang berlaku.

1) Kahfi

Paling terkesan dengan Kahfi. Rumah baru saya.

Luas dan besar. Sesuai untuk program-program.

Ramai yang berkorban untuk Kahfi.

Ramai yang melawat Kahfi.

Ramai yang berinfaq untuk Kahfi daripada karpet sehinggalah peralatan-peralatan kecil seperti seterika.

Segalanya demi dakwah semata dan demi ukhti yang tercinta.

2) Budak-budak kecil ( 14 tahun-16 tahun)

Alkisahnya, ada tiga budak kecil yang saya kenal. Bukanlah kecil fizikal, tetapi kecil pada usianya, matang pada jiwanya. Mereka bertiga mula kenal usrah dan tarbiyyah sejak kecil lagi. Setiap hari, saya suka melihat gelagat mereka bertiga. Mereka yang banyak membuat saya tersenyum apabila ada duka menyapa.

Bila pandang mereka, termuhasabah sendiri, terkesima.

Aku sendiri pun sepak tarbiyyah lambat. Dyorang dari kecik dah dapat. Segannye lah

Dan yang paling saya suka tentang mereka bertiga adalah, mereka menghafaz Al-Quran dan ambil banyak kelas selain pergi ke sekolah setiap hari.

Ada yang mahir khat.

Ada yang mahir bahasa arab fushah.

Moga mereka bertiga akan sentiasa tsabat dalam jalan ini. Insya-Allah. Ameen Ya Rabb.

3) Keluarga

Pulang ke Malaysia pada cuti yang lepas paling banyak memberi tarbiyyah kepada saya.

Tarbiyyah dzatiyyah memang kena kuat.

Tarbiyyah berhadapan dengan gelagat-gelagat ahli keluarga.

Ayah insan yang paling membuatkan saya termuhasabah sendiri. Kelakuannya, kasih sayangnya, keprihatinannya dan segalanya. Ada kalanya bersangka buruk dengan ayah sendiri, membuat dia kecewa, dia terasa hati. Tetapi bila sedar kembali, kalau diimbas-imbas semula, betapa ayah ini sangat menyayangi anak-anaknya. Cuma dari segi percakapan tidak terlalu nyata, tetapi aksinya sudah cukup membuat kita rasa bangga.

orang laki ni  kan more actions than speaks

Umi juga banyak memberi tarbiyyah. Saban hari, jika berbual dengannya, mesti cakap tentang usrah dan tarbiyyah. Kebanyakannya yang saya dapat adalah nasihat yang sangat bermanfaat.

Kamu kenal Hassan Al-Banna tu ? ”

Mestilah kenal.

Kenal habis-habis ke ? ”

Hah…takde lah detail sangat. ”

Kamu jangan ingat umi tak kenal. Umi kenal semua tokoh-tokoh tu. Buku Zainab Al-Ghazali yang cerite die duduk dalam penjara tu, umi dah khatam kat sekolah menengah dulu dah. ”

Apa yang umi dapat ? ”

Umi tahu kena berjuang, kena dakwah. Cuma medan umi lain, medan kamu lain.”

Kamu dah ade usrah cukuplah.”

Umi taknak usrah ke ?

Tak nak . ”

Banyak yang umi cakap. Orang ikut usrah tidak boleh malas. Kena pandai jaga masa. Kena tahu letak prioriti di mana. Kena stabil semuanya. Kena pandai berlapang dada.

Dalam usrah kamu tu tak belajar cara tahan marah ke ? Janganlah dengan orang yang join usrah je kamu tahan marah, tetapi dengan adik-beradik sendiri tak boleh nak tahan. ”

Umi, abah dan semua, terima kasih. :)

4) Sekolah lama.

Melawat sekolah lama juga menyimpan beribu kenangan. Bertemu dengan adik-adik junior. Ada yang baru dan ada yang lama. Paling tidak boleh lupa adalah guru-gurunya.

Guru-gurulah yang telah banyak mengajar saya erti hidup di dunia, erti kesusahan itu datang sebelum kesenangan.

Terima kasih kepada semua guru dan para pelajar sekolah lama saya. :)

 

P/s : Entri sudah panjang sangat. Malam semakin larut.

 

 

 

 

 

 

Advertisements

2 thoughts on “31 Disember 2010

    • yang pertama [pada pandangan ana, orang lelaki memang lain dari perempuan. tidak perasan apa yang dituturkan. ana pun pernah terasa, tapi bila fikir semula, siapalah kita untuk terasa semua benda.

      harap cumil dapat berlapang dada dengan ayah sendiri dan jgnlah bersedih.
      ayah itu manusia juga, tidak sempurna bukan ?
      Allah sahaja Yang Maha Sempurna :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s