imbas-imbas

Esok hari terakhir sebelum bermula tahun baru.

Tahun 2011.

Menganjak paradigma 2011 yang akan cuba untuk mengubah diri kepada yang lebih baik.

Lebih bermanfaat untuk ummah.

Lebih fitrah  kehambaannya kepada Allah S.W.T.

***************************

Imbas-imbas tahun lalu.

Apa yang telah dibuat ?

Untuk umi dengan abah…

Di rumah malas buat kerja rumah,

Paling rajin minta macam-macam,

Bila tidak dapat, merungut, tarik muka semacam.

Untuk  pelajaran…..

Tidak susun masa dengan baik,

Tidak menunaikan hak akal sebaiknya bahawa akal hanya layak untuk ilmu-ilmu yang terarah kepada-Nya sahaja,

Untuk dakwah dan tarbiyyah….

Serabut,

Mutabaah amal yang semakin merosot,

Bawa usrah tidak ada semangat,

Tarbiyyah dzatiyah diri yang tidak kuat,

Dakwah terbengkalai,

Urusan yang tidak terurus.

Untuk kawan-kawan, ukhti-ukhti,

Paling banyak cari dan menimbulkan masalah,

Paling banyak terasa hati sedangkan perkara-perkara kecil sahaja.

**********************************

Misi mendiagnosis tahun lalu.

Perlu dijadikan pengajaran. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Perlu ubah segalanya, perlu lebih rancangan yang teliti,

Perlu lebih strategi dalam dakwah dan tarbiyyah,

Perlu lebih uruskan tarbiyyah diri sendiri, khuatir jika tidak terurus, mutarabbi pula yang tidak terurus.

**********************************

2011 perlu dijanjikan dengan perubahan pada diri sendiri.

Perlu dihiasi dengan corak-corak dan hiasan-hiasan yang baru.

Perlu dilagukan dengan rentak-rentak yang lebih harmoni.

Perlu iramanya lebih tersusun dan lenggoknya difahami.

Perlu anjakan yang lebih jauh,

Perlu matlamat yang menggunung tinggi,

Perlu jala dakwah itu tersebar luas  di lautan manusia yang semakin menambah hari-hari.

**************************************

Seperti juga mana kilang-kilang buatan manusia menjanjikan produk-produk yang lebih berkualiti pada tahun baru ini,

Menjanjikan ciptaan yang lebih moden dan kontemporari,

Semacam itu juga kita manusia,

Tidak perlu jadi robot yang sama berulang kali,

Robot hamba duniawi,

Robot hamba nafsu yang mencengkam diri,

Robot hamba manusiawi,

Sepanjang hari, masih melakukan kelakuan yang sama,

Tidak ada perubahannya.

Perlu jadi robot yang lebih baik lagi.

Robot hamba abdi hanya semata kepada Allah S.W.T yang hakiki.

Beit Kahfi,

11.21 malam- 30 Disember 2010.

Advertisements

2 thoughts on “imbas-imbas

  1. serabut itu…xperlu sibuk untuk dinampakkan. dapat merasai bila enti serabut w/pun enti kata xde ape2.

    cari masa untuk diri sendiri, tenangkan diri. semoga Allah beri kekuatan untuk terus melangkah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s