kau ketenangan~

Bismillah.

Salam dakwah. Salam ukhuwwah fillah.

Ini untuk seseorang yang sangat saya kasihi dari dulu lagi.

***************************

Aku suka melihat engkau menangis,

Kerana sebelum ini terlalu susah aku melihatnya ia menitis.

Aku suka melihat engkau menangis,

Kerana aku tahu tangisan itu untuk Allah Yang Maha Esa.

Aku suka melihat engkau menangis,

Malah, aku ingin melihatnya lagi, biarkan ianya berulang lagi.

Aklu suka melihat engkau menangis,

Kerana tangisan itu tangisan pengharapan,

Tangisan meminta pertolongan,

Tangisan kehambaan,

Tangisan penyerahan,

Juga tangisan tanda tiada  keegoan.

Aku suka melihat engkau menangis,

Kerana mungkin itu yang akan mendatangkan ketenangan yang menggunung tinggi,

Kerana mungkin dengan engkau menangis,

Kau akan lebih mengenal diri,

Dan lebih mengenal siapa pencipta diri.

Aku suka engkau menangis,

Namun, ku harapkan,

Tangisan itu bukanlah ada batas keadaan, dan ada batas masanya,

Aku tidak mahu kau menangis ketika kau ditimpa musibah,

Malah, aku suka kau menangis sampai bila-bila,

Biar Dia tahu, kau suka menangis untuk-Nya.

Aku suka melihat engkau menangis,

Kerana ketika kau menangis,

Tampak kelembutan hati yang masih boleh dilentur,

Tampak kejernihan hati yang masih ingatkan Yang Ahad,

Tampak kau juga seperti insan biasa, lemah, tiada berdaya,

Tampak yang kau memerlukan Dia,

Aku suka melihat kau menangis,

Menangislah kerana Allah,

Menangislah kerana tarbiyyah-Nya,

Menangislah kerana takutkan azab-Nya,

Menangislah kerana teringatkan dosa-dosa yang lama,

Menangislah kerana bencikan diri yang terlalu mencintai dunia,

Menangislah kerana diri ini sudah tahu tanggungjawab, tetapi mengapa masih berat untuk melakukannya,

Menangislah tanpa batasan.

Menangislah sampai air mata darah sekalipun.

Menangislah.

Dan menangislah atas tahajjud cintamu kepada-Nya,

Basahkan telekungmu, tikar sajadahmu,

Biarkan penghuni langit tahu,

Pecahkan kesunyian di subuh hari dengan esakan suaramu.

Dengan menangis, akan datang satu ketenangan yang teramat indah yang akan dirasai hanya oleh yang menangis~

 

 

 

3 thoughts on “kau ketenangan~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s