infaq ^_^

Bismillah.

Salam ukhuwwah kepada semua.

Terkesan dengan emel seorang ukhti yang saya sangat sayangi hari ini.

Ini emelnya :

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

“Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”

Al-Baqarah [177 ]…. kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, segala malaikat, segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermakan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin, orang yang musafir, orang yang meminta-minta,


Ali-imran [92] Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

****************************
Betapa infaq itu adalah sangat-sangat dituntut kepada kita. Betapa Allah menyayangi orang-orang yang suka berinfaq. Dan ganjarannya, hanyalah syurga semata.
Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan satu tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui “(2 : 261 )

Menginfaqkan harta ke jalan Allah memang dituntut bagi seorang daie. Kerana dakwah ini menuntut kita supaya sanggup untuk berjihad dengan harta dan diri kita sendiri.

Dan sebut sahaja harta, duit atau apa-apa yang seangkatan dengannya, pasti terasa berat bukan ?

 

‘ Masih banyak lagi barang yang mahu dibeli untuk diri sendiri.

Urusan aku pun tak setel lagi, ni plak nak setelkan urusan orang lain. ‘

 

Berat atau ringan bukan persoalannya, tetapi tanya pada diri sendiri, mahukah kita pada syurga Allah itu ?

Dah fahami satu konsep, kesemua harta yang kita anggap kepunyaan kita, adalah kepunyaan Allah semuanya. Maka, bukankah wajar kita pulangkan kembali pinjaman itu kepada jalan-Nya ?

Malah, pahala dan keredhaan-Nya menjadi pulangan kepada kita.

******************************************

Kepada akhawat yang saya sayangi,

Sesungguhnya, Allah sahajalah yang layak memberi pahala,

Mungkin sahaja kami tidak mampu membayarnya kembali.

Sesungguhnya kami tahu kamu menginfaq itu demi Allah, demi jalan dakwah ini,

Maka, ku panjatkan agar syurga itu menjadi hadiah dari Allah kepada antunna semua.

*****************************************

Jazakillah khayran katheera kepada semua akhawat yang telah banyak menolong ana dan rakan-rakan yang lain.

Sayang antunna fillah, abadan abada.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s