bahasa arab, bahasa fikrah

Bismillah.

Salam dakwah kepada semua.

Sebelum ini belajar bahasa arab kerana ianya subjek peperiksaan. Niatnya hanyalah semata mahu lulus, dapat A. Belajar bahasa arab rasa kosong.

Tetapi hari ini, saya dapat sesuatu yang sangat berharga daripada kelas arab yang saya ambil.

اللغة مستودع الفكر

‘ BAHASA ADALAH GUDANG PEMIKIRAN ‘

Betapa bahasa ini penting untuk menyampaikan fikrah kita, agama kita. Dan sememangnya bahasa adalah alat komunikasi yang utama. Tanpa bahasa, siapalah kita. Tanpa wujudnya bahasa, apakah yang akan kita tuturkan.

Bahasa arab bahasa agama. Kerananyalah islam ini tersampai ke seluruh dunia. Dan sewaktu islam menguasai tamadun dunia, bahasa arab menjadi bahasa antarabangsa.

‘ Yahfazullahu Allughatal A’rabiata bihafzihi quranil karimi ‘

Allah memelihara kalam-Nya, yakni Al-Quranul Karim. Tidak mungkin ada orang yang mampu untuk merekacipta perkataan seindah kalam-kalam Al-Quran, meskipun pakar bahasa dunia.Maka, secara tidak langsung, Allah-lah memelihara kesucian bahasa arab itu sendiri.

‘ La tumkinu an tantahi allughatal a’rabiyata abadan ‘

Bahasa arab ini tidak mungkin akan hilang, tidak mungkin akan tamat. Selagi Al-Quran ini terpelihara, maka bahasa arab akan terpelihara. Kerana perkataan yang digunakan di dalam Al-Quran tidak boleh diterjemah sama sekali kepada bahasa lain seperti halnya kitab-kitab samawi yang lain. Apa yang hanya boleh diterjemah adalah maknanya dan fikrahnya.

Bahasa arab adalah bahasa agama. Bukan hanya tertakluk kepada orang-orang berbangsa Arab sahaja kerana ianya bukan bahasa yang tertentu untuk sejenis bangsa sahaja. Bahasa arab adalah bahasa agama kita, agama Islam. Maka setiap yang beragama Islam mana mungkin tidak tahu membaca arab. Dalam ibadat kita seharian, contohnya bacaan di dalam solat, kita menuturkan ayat-ayat suci Al-Quran, yang kita sedia tahu ianya di dalam bahasa arab sahaja. Jika kita membaca bahasa melayu atau apa jua bahasa asing di dalam solat, maka itu bukanlah solat.

Betapa kuatnya ikatan antara bahasa arab dan islam.

Dan bertutur dalam bahasa arab antara syiar Islam. Apatah lagi bagi seorang daie yang mengaku membawa dakwah. Maka, kita sangat dituntut untuk mempelajari bahasa arab, kerana bahasa arab adalah bahasa dakwah kita, bahasa tarbiyyah kita, dan bahasa risalah ini ( ISLAM).

Jom semangat mendaftarkan diri ke kelas arab !

p/s : lepas ini bolehlah lebih memahami dengan lebih dalam lagi buku-buku DnT.

p/s : bahasa arab yang dimaksudkan adalah BAHASA ARAB FUSHAH.

2 thoughts on “bahasa arab, bahasa fikrah

  1. Jom kuasai bahasa ini seperti yang diperkatakan oleh Imam Hassan Al-Banna dalam sepuluh wasiatnya…

    >>doakan ana sukses untuk madah lughah arabiah ana sem akan datang .
    >>semoga ia dapat memberi manfaat untuk ummah!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s