sejuk ^_^

Bismillah.

Musim sejuk  sudah lama menjengah saya di Bumi Al-Banna ini.

Berkelubung dalam lihaf ( selimut tebal),pakai baju tebal-tebal, tidur lebih masa daripada biasa adalah rutin biasa.

Bila sejuk, semua jadi selesa. Selesa untuk tidur terutamanya.

Bila sejuk, semua jadi malas. Lebih suka duduk dalam selimut tebal.

Grrr….sejuk sangat.

Kalau buka semula kotak ingatan muda-muda dulu (Tingkatan 1 dan 2), silibus Geografi, ada belajar tentang 4 Musim.

Musim Bunga, Musim Luruh, Musim Sejuk dan Musim Panas.

Boleh rujuk : http://sukageografi.blogspot.com/

*****************************************

Dulu-dulu, tidak pernah terbayang akan duduk menghadapi tarbiyyah di sebuah negara 4 musim sebab negara asal saya tidak sebegini.

Musim panas dan sejuk yang lebih terasa.

Dan sememangnya tarbiyyah di musim sejuk ini cukup-cukup mengajar saya.

*******************************

Tarbiyyah untuk seorang daieyah di musim sejuk,

betul-betul memberi erti.

Kena mujahadah untuk bangun awal malam, qiam seperti biasa meskipun sejuk. Tidak boleh ikut kemahuan nafsu untuk terus menyambung tidur.

Kena mujahadah untuk ambil wudhu’, meskipun sejuk airnya. (kalau sudah batal wudhu’, cukup malas untuk memperbaharuinya semula)

Kena mujahadah untuk belajar dan ulangkaji pelajaran meskipun mata mengantuk. Terbayang-bayang katil yang empuk, dan selimut yang selesa.

Segalanya kena, wajib dan mesti mujahadah.

Mujahadah dengan diri sendiri.

Tidak bererti musim sejuk akan melemahkan semangat kita, apatah lagi semangat seorang daie atau daieyah.

Ini adalah satu bentuk tarbiyyah untuk saya dan kepada sesiapa yang berada di mana-mana  negara yang bermusim.

Tarbiyyah mujahadah.

Ini memang tarbiyyah yang sentiasa perlu dilatih dan dikemaskini.

Dan akhir kalam,

semoga kita semua terus kuat mujahadah dalam menghadapi apa jua perkara !

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s