betapa Ahadnya Dia~

Bismillah.

Betapa Ahadnya Dia.

Tiada  satu sebelum dan selepasnya Dia.

Tiada yang lain melainkan Dia sahaja.

********************************************

Katakanlah (Muhammad), ” Dialah Allah, Yang Maha Esa112:1)

Dia memang sedia ada.

Dia wujud.

Dia berdiri sendiri.

Dia tidak memerlukan kita, malah kita yang memerlukan Dia setiap masa, setiap tempat.

Selama saya hidup, saya akui, banyak kali telah mengalunkan nasyid Asmaul-Husna, tetapi kini baru tertanya apakah saya telah mengimaninya semua ?

Ar-Rahman, Ar-Rahim, Ar-Razzaq,As-Salam dan lain-lain.

Selama saya hidup, saya akui, banyak juga masa yang saya habiskan untuk membaca ayat-ayat suci dari-Nya, tetapi kini baru tertanya apakah saya telah mengamalkan semua ?

******************************************8

Betapa Ahadnya Dia.

Dia sahajalah Tuhan kita dan Tuhan sekalian alam.

Dia sahajalah yang menjadi kesayangan kita.

Dia sahajalah menemani kita setiap suka dan duka.

Dia sahajalah yang boleh memenuhi segala kehendak kita.

Dia sahajalah yang boleh memahami segala isi hati kita.

*****************************************

Betapa Ahadnya Dia.

Tanya pada diri,

Kita sudah meng ‘ ahad ‘ kan Dia ?

Ataupun kita tambahkan lagi bilangannya ?

Ataupun kita menyamatarakan Dia dengan yang lain ?

Ataupun kita lebih mengutamakan yang lain selain Dia ?

 

Mari sama-sama kita seru QUL HUALLAHU AHAD !

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s