malas nak makan ubat

” Akak, makanlah ubat ”

” Tak nak ”

Ini kata-kata yang saya kerap ulangi apabila ukhti-ukhti serumah menyuruh saya makan ubat. Malas dan tidak mahu. Tidak suka rasa ubat. ( siapa suka ubat ?)

****************************************

Fungsi ubat adalah menyembuhkan. Menyembuhkan kesakitan yang dialami secara fizikal. Saya belajar sakit terbahagi kepada dua, sama ada akut atau kronik. Sama ada sembuh atau tidak terletak kepada Allah, doktor yang merawat, dan jenis ubat yang diambil.

Ini sakit fizikal.

Sakit ada dua jenis juga. Ada sakit fizikal dan sakit rohani. Sakit fizikal dan sakit rohani kedua-duanya kena makan ubat. Cuma ubatnya sahaja yang berlainan jenis.

Ubat fizikal ubatnya jenis pil, kapsul, tablet, cecair dan lain-lain.  Macam-macam perisa yang ada. Macam-macam warna yang ada.

Ubat rohani ada satu sahaja. Al-Quran.

Penyakit rohani terletak dalam hati. Sakitnya susah untuk diubati. Dan susah untuk dikenalpasti. Senang untuk dikenalpasti hanya apabila si polan yang sakit menyedarinya sendiri.

Dan inilah penyakit yang membunuh kita dalam diam. Seharian kita melakukan aktiviti, tersenyum riang, mengakui kita mampu membuat segalanya dengan badan yang sihat, akal yang normal. Tetapi tidak menyedari sama ada hati kita terpelihara atau tidak. Maksud saya, fitrah hati kita sesuai atau tidak dengan segala-galanya yang kita telah lakukan sepanjang hidup ini.

Fitrah hati adalah rindukan Tuhannya dan selalu suka akan kebaikan.

Jika bukan ini yang mengisi setiap ruang hati kita, maka ia akan sakit, dan lama-kelamaan ia akan mati.

Bila masa yang sesuai untuk makan ubat ?

Setiap masa kita mesti, wajib dan selalu dekat dengan Al-Quran. Jangan sesekali biar hati kita kosong.

Baca Al-Quran sesuai di mana-mana dan bila-bila masa ( kecuali tempat dan masa yang kita ketahui). Tidak hanya terhad selepas solat dan di atas tikar sejadah.

Di dalam bas, sementara menunggu kawan di perhentian bas dan lain-lain.

Sesungguhnya inilah hanya semata ubat yang sesuai untuk rohani kita.

Dan fizikal kita ?

Badan kita punyai hak untuk sihat. Memang Allah adalah penyembuh, tetapi usaha kita mesti ada.

Jadi selepas ini kalau sakit, makanlah ubat yang sepatutnya, ikut masanya, dan ikut dosnya.

p/s : mahu lebih rajin makan ubat bila sakit.

 

Advertisements

4 thoughts on “malas nak makan ubat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s