awak ikhlas tak ?

Kalau ada orang yang bertanya kepada kita,

” awak ikhlas tak berkawan dengan saya ? ”

Apa yang kita mahu jawab ?

***********************************************************

Keikhlasan itu sesuatu yang sangat susah untuk diperkatakan. Keikhlasan itu susah untuk diterangkan kerana ianya perkara yang abstrak. Bukan boleh dipegang, dilihat dan dicanang-canangkan melalui dakwat pena.

Keikhlasan itu hanya Allah sahaja  yang tahu. Malaikat, syaitan, jin-jin dan kesemua makhluk tidak mengetahui rasa ikhlas yang tercetus dalam hati kita. Bermakna, keikhlasan kita itu adalah salah satu cara untuk kita lebih dekat pada-Nya.

Bagaimana ikhlas itu dapat ditafsirkan ?

Adakah hanya sekadar kita mengatakan niat kita berbuat sesuatu kerana Allah adakah ikhlas ?

Adakah cukup hanya sekadar kita melafazkan aku ikhlas ?

Adakahcukup hanya sekadar kita membuktikkan kita sanggup melakukan apa sahaja, kita dikatakan sudah ikhlas ?

Tidak ini bukan erti ikhlas yang sebenar.

Erti ikhlas secara kasar adalah kerana Allah, tidak berkira-kira dalam melakukannya serta tidak mengharapkan balasan.

Dan ikhlas itu datangnya dari hati. Apabila berbicara soal hati, bererti benda itu kita sendiri yang mesti merasainya, dalam kata lain, kita yang patut melatihnya sendiri.

Ya, ikhlas itu perlu dilatih. Jika tidak, ianya tidak akan pernah wujud, malah akan dibunuh oleh perasaan-perasaan lain yang juga berebut tempat di dalam  hati.

Apa contohnya ?

Malas. Malas. Dan malas.

Malas sangat-sangat mempengaruhi diri kita. Kalau boleh, semua benda mahu malas, mengharapkan orang lain yang tolong menyelesaikan sesuatu pekerjaan untuk kita.

Dan malas adalah pembunuh nombor satu ikhlas.

Jika kita malas, bukan sahaja ikhlas malah niat untuk buat sesuatu perkara itu sudah jadi tunggang-langgang.

” Infiru khifafan wa tsiqalan ” (9:41)

Berangkatlah dengan rasa ringan mahupun berat. Ini latihan sesuai untuk orang yang mahu belajar  ikhlas. Paksa diri anda untuk berjuang atau melakukan sesuatu meskipun anda mengetahui benda itu ringan atau berat. Apabila anda telah melepasi latihan ini, anda pasti senang untuk menghadirkan rasa ikhlas dan rajin untuk melakukan perkara tersebut.

‘Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah’. (HR An-Nasa’i)

Ikhlas dalam berdakwah ?

Anda akan dikatakan ikhlas untuk membawa agama Allah ini apabila anda buat kerana Allah, anda akan terus membuatnya meskipun badai datang melanda, dan anda tidak mengharapkan apa-apa melalui dakwah yang anda serukan ini.

Dan sememangnya keikhlasan dalam diri seorang daie itu sangat perlu kerana dengan keikhlasanlah kita mampu untuk menolak diri kita dalam jalan ini. Kerana kita sedia maklumi bahawa  jalan ini dihiasi duri.

Usahlah saya berdalih panjang tentang keikhlasan ini, kerana saya tahu para pembaca mungkin sudah banyak membaca tentang ikhlas.

Apa yang saya mahukan dari diri pembaca adalah MELATIHNYA !

LATIH SAMPAI BOLEH !

 

p/s : boleh rujuk  http://waskita.wordpress.com/2009/06/21/hadis-tentang-ikhlas/

2 thoughts on “awak ikhlas tak ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s