mahu share :)

Dengan nama Allah, aku mula mencoretkan idea yang tersirat serta tersurat.

Mahu berkongsi sesuatu.

Tentang ayat yang saya baru sedar tentang kepentingannya.

Ayat yang saya mula imani.

” Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhan dan melaksanakan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka, dan mereka menginfakkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka ” (42:38)

Betapa musyawarah itu penting dalam membuat sesuatu keputusan yang penting, lagi-lagi melibatkan tarbiyyah dan dakwah yang kita junjung selama ini.

Rasulullah S.A.W juga telah menunjukkan contoh yang sama kepada kita. Walaupun Rasulullah S.A.W diakui sebagai ketua, namun suara-suara dari ahli syura perlu dipertimbangkan.

Kita juga sedia tahu, setiap manusia ada haknya ada pandangannya yang tersendiri. Inilah yang perlu didengar oleh semua orang, ini yang perlu dipertimbangkan oleh semua orang.

Dan semestinya syura itu perlu memuaskan hati semua orang.

Dan setiap ahli syura pula ?

Anda dibenarkan bersuara apa jua pandangan anda.

Anda juga mesti berlapang dada terhadap apa jua keputusan yang telah diambil. Tidak elok jika disimpan dalam-dalam, takut makan hati sendiri.

Jika ada yang tidak bersetuju, maka suarakan.

Jika ada yang bersetuju, juga suarakan.

Dan yang pastinya, neraca pertimbangan kita sepanjang syura adalah Allah, tarbiyyah dan dakwah semata, tiada yang lain melainkan yang ini sahaja.

Dan saya akui, setelah syura baru hati saya lega. Kebelakangan ini, sudah serabut, sudah mula merindui diri sendiri yang banyak berceloteh dahulu, banyak menceriakan suasana rumah.

Dan kepada ahli rumah lama saya,

Pastinya ana merindui kalian seperti rindunya burung untuk pulang ke sarang.

Pastinya ana menyayangi kalian sebagaimana diri ini menyayangi diri sendiri.

Pastinya ana juga tidak mahu kita berpisah, tetapi perpisahan kerana dakwah ini pasti mendapat redha-Nya.

Pastinya ana tidak akan lupakan kalian seperti mana seorang ibu yang tidak akan lupakan anaknya.

Pastinya semua kenangan manis ini akan sentiasa menggamit memori selepas ini

Dan segalanya adalah pasti bagi kita.

Ikatan ukhuwwah kita tidak akan berakhir selagi ikatan aqidah kita tersimpul rapi, ikatan iman berantai besi.

Dan buat kesekian kalinya, ana memohon maaf  jika ada yang marah pada diri ini.

Dan hari ini, mula kembali kepada yang asal. Mahu banyak senyum kepada akhawat, mahu lebih berlapang dada, mahu lebih banyak tawakkal kepada Allah, mahu lebih segala-galanya.

:)

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s