strategi

Esok sudah 11 Muharram.

Ingin saya bertanyakan satu soalan kepada anda.

Masih ingatkah lagi akan azam baru anda yang telah dinekadkan di dalam hati pada Awal Muharram yang lepas ?

Atau barangkali sudah terlupa ?

Atau barangkali semangat untuk mencapainya sudah mula goyah, sudah mula hilang.

***********************************

Ingin saya berkongsi sesuatu. Penghijrahan diri yang kita perlu buat memerlukan strategi. Bukan hanya sekadar memasang niat di hati, malah sudah tersimpan di akal pemikiran bagaimana cara yang tepat dan efektif untuk mencapainya.

Penghijrahan diri yang kita buat memerlukan skil. Lihat sahaja bagaimana Rasulullah mengatur perjalanan hijrahnya, sebelum, semasa dan selepas hijrah. Segalanya menjadi sempurna. Rasulullah tidak ditangkap oleh Musyrikin Makkah, Kaum Ansar di Madinah sudah bersedia awal untuk menyambut kedatangan Baginda.

Apakah ini bukan strategi ?

Lihat sahaja hasil strategi hijrah Rasulullah, terancang dan berkesan. Akhirnya hijrah tersebut membuahkan hasil. Pengikut Islam semakin ramai, dan sebuah negara islam dapat dibina dan ditarbiyyah.

Bayangkan jika hijrah Rasulullah tidak tersusun, mungkin sahaja kemanisan dan keharuman islam itu tidak dekat pada diri kita, tidak tersebar ke seluruh dunia.

Apatah lagi kita.

Seorang daie memang perlu  hebat dalam pelaksanaannya. Kerana kita ini bermain dengan sejenis seni yang  sangat susah. Bukan seni yang hanya terbatas di atas kertas kosong, bukanlah seni yang terbatas hanya dengan bermain pensil warna dan sesungguhnya, ia bukanlah semudah itu.

Ini seni dakwah. Seni yang perlukan persediaan rapi. Seni yang bukan bermain dengan warna biasa, malah warna mulia untuk dicorakkan ke hati manusia.

Dan pastinya seorang daie itu memerlukan strategi dalam mencapai azam barunya.

” nak jadi murabbi sukses”

” target tahun ni nak dapat 10 oranglah”

Dan semua ini memerlukan strategi. Sebagaimana Rasulullah telah menunjukkan contoh kepada kita, maka itulah yang perlu kita ikuti. Memang penghijrahan diri itu memerlukan strategi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s