kau jangan menangis lagi

Sudah-sudahlah menangis wahai teman dakwahku,

Kerana batin ini tidak tertahan melihat air mata kau mengalir lagi,

Jiwa ini cukup tersentuh melihat air mata kau kerana dakwah ini.

Sudah-sudahlah menangis wahai teman dakwahku,

Kerana itu bukanlah kelemahan dirimu,

Itu adalah ujian dari yang Maha Kaya, Maha Sempurna,

Ujian itu tanda kau dalam perhatian-Nya,

Tanda kau sedang dibina oleh-Nya,

Tanda kau akan ditingkatkan iman dan taqwa kepada-Nya,

Adakah kau lupa, tentang ayat yang selalu kita imani sejak dari dahulu lagi,

Bahawa adakah kita layak mengharapkan syurga selagi kita tidak diuji.

Sudah-sudahlah menangis wahai teman dakwahku,

Air mata kau itu berharga,

Air mata kau itu bermakna,

Air mata kau itu lahir dari jiwa, lubuk terdalam manusia,

Air mata kau itu kerana-Nya,

Namun, kau janganlah menangis selalu,

Aku mahu kau sentiasa kuat.

Sudah-sudahlah menangis wahai teman dakwahku,

Aku cemburu padamu,

Aku cemburu melihat kau ditimpa masalah,

Aku cemburu melihat kau diuji,

Aku cemburu melihat teman-teman mengambil berat tentang dirimu,

Aku cemburukan segalanya,

Namun ku berfikir kembali,

Ku bermuhasabah sejenak,

Apakah aku perlu cemburu ?

Ya, perlu.

Cemburukan keadaan dirimu,

Yang diuji setiap masa,

Sedangkan aku seronok sahaja setiap masa, bergelak ketawa,

Air mata aku jarang sekali kerana-Nya,

Yang selalu, hanya kerana dunia.

Apakah aku tidak mendapat perhatian dari-Nya,

Apakah Rabbku tidak mahu iman dan taqwa aku bertambah,

Aku perlu muhasabah,

Aku perlu muhasabah.

Sudah-sudahlah menangis wahai teman dakwahku,

Aku mahu kau tahu,

Aku ada mata untuk menatap dirimu,

Aku ada telinga untuk mendengar segala keluhan darimu,

Aku ada hati untuk berkongsi segalanya dengan kamu,

Tetapi kadang-kadang aku pelik,

Kau lari, kau berlakon,

Seolah-olah tiada apa yang berlaku,

Aku mahu kau fahami diriku ini,

Aku bukanlah tunggul kayu dalam ukhuwwah kita,

Aku bukanlah bodoh untuk tidak mengerti,

Aku mahu kau bukakan ruang untuk diriku,

Yang serba lemah ini,

Yang serba kurang ini,

Yang serba-serbinya memang  tidak cukup,

Kerana aku jua manusia seperti dirimu,

Juga lemah seperti dirimu.

Dan mengertilah,

Hidup kita ini seindah pelangi,

Meskipun tidak seindah syurga,

Bersyukurlah selamanya pada Yang Maha Kuasa,

Kerana ukhuwwah ini miik kita,

Kerana kita bertemu di dunia,

Maka, teruskanlah,

Ayunkan langkah,

Terus ke depan.

Dan lahirkan senyumanmu untuk dunia ini,

Kerana dunia ini tidak layak untuk ditangisi.

 

 

6 thoughts on “kau jangan menangis lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s