niat

Setiap kali sebelum usrah, kena tajdid niat, pelbagaikan niat.

Setiap kali sebelum daurah, kena tajdid niat, pelbagaikan niat.

Setiap kali melakukan apa-apa, mesti ada yang berpesan, kena tajdid niat, pelbagaikan niat.

” Para sahabat terkenal dengan saudagar niat ” kata seorang ukhti semalam.

Namun apakah pengertian di sebalik kata-kata itu ?

” Kena tajdid niat, pelbagaikan niat ”

Adakah semudah yang dilafazkan ? Atau ianya memang satu konsep lazim yang biasa dibuat, maklumlah semua sudah terdidik dengan hadis nombor 1 ( Hadis 40 Imam Nawawi ), jadi selepas ini, kena tajdid niat, pelbagaikan niat.

Apakah kita memahami erti tajdid, erti niat itu sendiri, erti pelbagai niat ?

Apa itu niat ?

Niat itu lintasan hati. Sebarang yang terdetik di dalam hati, itulah niat. Meskipun mulut tidak melafazkannya, tetapi hati sudah berbicara, itulah niat. Meskipun anggota tidak melakukannya, tetapi hati sudah berbisik, itulah niat.

Dan fungsi niat ?

Banyak. Yang jelas, adalah untuk membezakan sesuatu amalan. Amalan sunat dengan yang wajib. Amalan yang baik dengan amalan yang jahat.

Konsep niat ?

Kita akan dapat apa yang kita niatkan. Tidak kira yang baik atau jahat, kita akan dapat. Macam juga duit, we get what we pay. Sama juga dengan niat. Jika niatkan dakwah yang kita bawa ini untuk mengejar populariti sahaja, maka itu yang kita dapat. Jika niatkan dakwah yang kita serukan ini untuk keredhaan Allah, maka itu yang kita akan dapat.

Contoh telah ditunjukkan dalam hadis satu. Di mana ada seorang sahabat Rasulullah yang berhijrah kerana ingin bertemu dengan seorang perempuan, maka itu yang sahabat itu dapat, bukan pahala hijrah, atau erti penghijrahan yang sebenar.

Dan ilham niat itu datang dari siapa ?

Datang dari Allah. Kerana Allah lah yang mengilhamkan jalan kefasikan dan ketaqwaan kepada manusia. Maka, mintalah kepada Allah sewajarnya dalam mentajdid niat dan mempelbagaikan niat.

Kerana apa ?

Kerana niat itu puncanya dari  hati. Hati ini Allah yang jaga. Hati ini Allah yang membolak-balikkannya. Maka, mintalah pertolongan dari yang Maha Kuasa, Maha Segala-galanya. Jika hati sendiri sudah penuh noda, maka logikkah niat yang suci datang darinya. Jika hati itu penuh dengan pendekatan kepada Rabbnya, maka logikkah niat yang busuk datang daripadanya.

Dan sememangnya proses ini memerlukan latihan. Latihan yang berterusan. Bukan hanya sekadar tahu, malah praktikkan. Bukan hanya sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Tengah-tengah daurah, mungkin jua terdetik dalam hati,

” apalah ustaz ni. asyik buat lawak dari tadi. bila nak habis pengisian macam ni ”

Ini juga niat. Maka, nilailah kembali apakah niat anda selama ini baik, molek. Apakah niat anda selama ini tercapai. Apakah niat anda selama ini Allah pandang.

Apakah niat anda pernah mencapai perhatian dari penghuni-penghuni langit di atas sana, atau sekadar tergantung di antara langit dan bumi begitu sahaja ?

Apakah kita ini disebut-sebut oleh penghuni langit betapa ikhlasnya kita dalam membuat niat ?

Seperti juga Bilal Bin Rabah, yang ikhlas niatnya melafazkan kalimah-kalimah agung, menyeru manusia untuk menunaikan solat mampu membuatkan Rasulullah sedih tatkala para malaikat tidak turun berjemaah bersama kerana sewaktu itu sahabat lain yang azan. Dan sahabat itu saya lupa namanya.

Dan apakah sebab para malaikat tidak turun berjemaah bersama ?

Kerana keikhlasan niat sahabat tersebut melafazkan azan tidak tercapai tinggi ke langit sana.

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s