di mana Allah ?

” Mana hilangnya Allah di hati antunna ? ”

Ini kata-kata saya pada mutarabbi yang saya sedang bina. Kata salah seorang dari mereka, kata-kata ini sedap, sesuai dijadikan status di facebook.

” nanti, like tau ”

********************************************

Pernahkah kita terfikir, selama ini kita meletakkan Allah dimana ?

Di tempat sujud kita sahajakah ?

Di dalam Al-Quran kita sahajakah ?

Atau Allah sudah hilang dari hati kita, dan tiada lagi Dia di hati kita.

Sewajarnya dimana tempat untuk Allah ?

Di setiap sudut, di setiap pelusuk, wajib, patut dan sememangnya Allah sahaja yang patut bertakhta di dalam hati kita. Memang segalanya untuk Allah. Segala cinta untuk Allah. Segala yang istimewa semuanya untuk Allah.

Setiap masakah ?

Ya, setiap masa. Kerana setiap teguk udara yang kita ambil, dari Allah. Setiap liter darah yang mengalir dalam tubuh kita adalah milik Allah. Kerana setiap degupan jantung kita, adalah takdir Allah. Kerana setiap siang dan malam yang kita lalui adalah ciptaan Allah. Dan kerana kita ini datangnya dari Allah dan kembalinya kepada Allah jua.

Apa gunanya Allah dalam hati kita ?

Memang ada gunanya. Kerana setiap masa, syaitan dan angkatan seterunya kerap membisikkan pemikiran-pemikran jahat ke dalam hati kita. Nah, inilah perlunya Allah dalam hati kita. Kerana tidak selamanya kita mahu membenarkan syaitan terus berbisik ke dalam hati kita. Kita juga mahu Allah berada dekat dengan kita, mengingatkan kita selalu. Kita tidak mahu syaitan selalu memenangi pertarungan itu. Yang mana satu akan duduk bertapak dalam hati kita, semuanya terletak dalam tangan kita, kerana kita yang memilihnya.

Adakah lagi ruang untukmu Ya Allah ?

Aku terkadang tidak pasti sama ada masih wujud atau tidak. Atau aku sudah berikan kepada dunia dan seisinya segenap ruang dalam hatiku ini.

Aku terkadang suka sekali menghadiahkan cinta ini kepada dunia, jauh sekali untukmu Ya Allah.

Aku terkadang punyai banyak masa untuk dunia, malah masa denganmu, masih aku mahu berkira.

Aku terkadang suka sekali menghiburkan diri dengan dunia berbandingmu Ya Allah, sedangkan ku tahu, ini tidak berterusan selamanya.

Aku terkadang sedar sendiri, ada Allah di dunia ini, tetapi terkadang leka, seolah-olah aku menyorokkan Mu di sebalik selimut usangku, sedangkan Kau memerhatikan segalanya, tindak-tandukku, malah keaibanku juga terserlah.

Inikah kita ?

Bukan. Ini bukan kita. Kita jiwa Islam. Kita jiwa mukmin. Kita jiwa yang ada taqwa. Kita jiwa yang ada aqidahnya. Sewajarnya jiwa kita hanya ada Allah. Allah lah keutamaannya. Allah lah segalanya. Allah lah Rabb. Allah lah Malik. Allah lah Ilah. Semuanya tertakluk pada Allah. Semuanya kepunyaan Allah.

Bukan untuk dunia semata. Ya, dunia ini penting, tetapi bukanlah segalanya. Dunia hanya tempat bercucuk tanam. Dunia hanya tempat lakonan semata. Dunia hanya tempat sementara. Dunia hanya tempat ujian.

Maka,

Jadilah petani yang terbaik.

Jadilah pelakon terhangat.

Jadilah orang yang sedar matinya akan kunjung tiba.

Jadilah orang yang berjaya dalam ujian hidupnya.

 

 

2 thoughts on “di mana Allah ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s