WP saya…

” kak, panjang sangat lah ”

Dia berkata tentang WP saya.

Bila baca-baca sendiri, memang panjang (baru sedar). Tetapi setiap kali saya menulis, memang semangat. Tidak tahu semangat yang bagaimana mahu diolahkan oleh perasaan. Mungkin dahulu tiada ruang penulisan untuk diri sendiri. Sekarang sudah ada.

Dulu memang saya suka menulis dan membaca. Menulis nota-nota pelajaran (bukan rajin), mencatit tazkirah dan catit apa sahaja yang didengari telinga. Bukan apa, takut terlupa.

Membaca bahan-bahan yang boleh mengisi ruang hati yang kosong. Buku-buku pelajaran, ada waktunya, buku-buku rohani ada waktunya, semuanya terjadual.

” time awal-awal ni ko semangat la. Dah lama nanti kau jugak yang jemu ”

Dan sejujurnya saya mengharapkan semangat untuk menulis itu tidak pernah pudar. Kerana jika semangat itu pudar, saya yakin semangat untuk benda-benda lain juga tiada. Kerana saya niatkan WP saya ini untuk perkongsian ramai, untuk dakwah saya, untuk tarbiyyah saya.

Dan respons para pembaca ?

Saya berharap para pembaca juga suka untuk membaca, meskipun sudah banyak blog-blog atau WPs yang tema penulisannya seakan tema WP saya. Saya berharap WP saya ini juga tidak mengambil masa para pembaca terlalu lama.

Saya memohon maaf jika penulisan saya terkadang terlalu panjang.

Saya memohon maaf jika penulisan saya terkadang menyakitkan hati.

Saya memohon maaf atas segalanya.

mylittelpencil

One thought on “WP saya…

  1. Ukhti ….tulislah apa yg anti ingin coretkan kerana ianya adalah amal. Panjang ke pendek ke yang penting adalah ianya dalam menyuntk hati manusia kearah ubudiyah pada Allah seterusnya kita boleh belajar memperbaiki diri melalui tulisan dan menjadikan tulisan sebagai muharrik atau pengerak kepada takwa kepada Allah. Ikhlaskan niat agar ianya menjadi amal soleh kita …teruskan menulis dan serlahkan bakat serta banyakakn membaca agar titipan titipan kita makin indah dilubuk hati manusia …

    muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s