salam maal hijrah

Salam maal hijrah untuk semua.

Semoga kita akan berhijrah.

Kepada yang baru, bukan hanya duduk di takuk lama seperti dahulu.

Semoga kita akan berhijrah.

Kepada yang lebih baik, meskipun sebelum ini kita sudah menjadi baik.

Semoga kita akan berhijrah.

Kepada hamba Allah yang lebih berkualiti.

Semoga kita akan berhijrah.

Kepada seorang pelajar yang lebih memahami erti belajar.

Semoga kita berhijrah.

Kepada yang lebih kuat dan tabah mengejar cita-cita.

*************************************

Dan untuk tahun yang baru ini, angkat tirai jahiliyyah kita yang lama. Singkapkan kembali islam diri kita. Kenali diri kita semula. Kenali diri siapa kita yang sebenarnya.

Pastinya, semua ada matlamat masing-masing, cita-cita yang ingin dicapai. Tetapi awas, pastikan ianya bukan sekadar bermain di bibir anda sahaja, bukan setakat bermain di fikiran sahaja, dan bukan setakat dicanang pada penulisan sahaja. Usahanya juga mesti bergerak seiring.

Dan hijrah bukanlah satu proses yang senang. Mungkin dari segi fizikal, mudah. Tetapi penghijrahan yang mahu kita lakukan adalah yang lebih bermakna. Penghijrahan yang tidak nampak mata kasar. Penghijrahan dalaman yang terkadang buat mata-mata memandang sambil tertanya, mengapa dia sudah berubah ?

Penghijrahan yang saya maksudkan adalah penghijrahan hati. Daripada hati yang suka kepada dunia kepada hati yang lebih mendambakan akhirat. Daripada hati yang suka melayan nafsu kepada hati yang mudah mengalahkan nafsu. Daripada hati yang suka kepada manusia kepada hati yang lebih suka untuk bercinta dengan Tuhannya.

Sudah tentu penghijrahan ini konsepnya kepada yang lebih baik.

Jika makin teruk ?

Itu bukan hijrah. Ianya sampah.

Malah keinginan untuk berhijrah juga mesti ada. Jika hanya omong kosong, tetapi diri sendiri tidak bersedia untuk melakukan perubahan, apalah gunanya.

Keinginan yang bagaimana ?

Keinginan untuk menjadi yang lebih baik. Keinginan untuk melihat diri sendiri yang baru. Keinginan untuk mencari titik-titik kehidupan yang baru. Keinginan untuk mencari Tuhan dalam diri.

dan kepada anda, selamat melakukan perubahan. :)

Sesungguhnya perubahan itu susah, tetapi yang susah itu yang paling manis.

Sesungguhnya perubahan itu memerlukan suasana yang baru, kerana suasana yang lama tidak menjamin kita akan mampu untuk bertahan sendirian.

Sesungguhnya perubahan itu susah untuk bertahan, maka mintalah pertolongan Allah agar mempunyai ketahanan yang kuat.

 

 

bait Anfaal,

2.32 pagi,

mylittlepencil….

2 thoughts on “salam maal hijrah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s