duit syiling

Ada sekeping duit syiling 50 sen, bertahun  2005, bayangkan kita berikan kepada rakan kita untuk diamanahkan kepada seorang lagi sahabat kita yang berada di kejauhan. Pesan kita,

” eh, kau tolong kasik duit syiling ni pada milah ek…kate ni cenderahati dari malaysia.”

” yelah, nanti aku kasik. ”

Dan amanah itu (sekeping syiling) dibawa untuk diberi kepada milah. Sewaktu berjumpa dengan milah,

” milah, ni ha duit 50 sen, anisa bagi pada kau. katenye hadiah dari malaysia. ”

” k. thankz. eh tapi yang ini tahun 2004. bukan anisa bagi kat kau yang tahun 2005 ke ? ”

” ala, benda kecik je pun, tetap syiling 50 sen kan.”

” same memanglah sama. tapi amanah itu perlu kita jaga dan pelihara. betul tak ? ”

******************************************

Amanah itu perlu kita jaga. Bukan sekadar menunaikan tetapi mesti pelihara. Pelihara sebagaimana asalnya. Cerita diatas hanya analogi. Banyak lagi amanah yang lebih besar perlu kita jaga dan pelihara.

Amanah kita sebagai abid ( ahli ibadah) dan sebagai khalifah di muka bumi. Amanah ini kita kena jaga dan pelihara. Pelihara sebetulnya. Pelihara bahawa tugas a’bid dan khalifah ini ada landasannya.

Landasannya hanyalah Al-Quran dan Sunnah semata, tiada lagi landasan lain. Dan amanah ini mesti kita pelihara jauh dari jalan jahiliyyah, jauh sekali untuk kita campur adukkan dengan kebatilan yang tersedia.

”  Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya ” (23:8)

Sifat memelihara dan menjaga amanah adalah sifat orang-orang yang beriman. Bukan sekadar iman biasa, malah orang-orang beriman yang falah, yang menang, yang berada di puncak tertinggi kejayaan.

Dan yang pasti menjaga dan memelihara amanah bukanlah senang. Kerana amanah hanya diberi pada yang layak.

Macam di sekolah-sekolah, pelbagai jawatan yang ada, semuanya adalah amanah. Macam juga program-program, ahli jawatankuasa adalah amanah. Macam juga dakwah, islam yang kita bawa adalah amanah.

Amanah dakwah ?

Ini untuk semua. Kerana semua dapat Islam, maka amanah itu telah tersedia buat kita. Amanah yang akan memuliakan diri kita. Amanah yang akan menjadi saham kepada diri kita sendiri. Dan inilah seagung-agung amanah, amanah yang paling utama.

Amanah jawatan atau tanggungjawab ?

Ini bukan untuk semua. Ini untuk yang terpilih. Yang terpilih adalah yang terbaik. Yang terpilih bererti anda mampu menjalankannya, dan orang ramai memang mahukan anda untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

Dan banyak lagi amanah-amanah lain.

Fikirkan betapa banyak amanah yang kita telah pegang dan perlu kita pelihara.

Adakah terjaga semuanya ?

Telah selesaikah semuanya ?

 

p/s : konklusinya untuk cerita di atas, jika kita jaga amanah, kita patut bagi syiling 50 sen tahun 2005 kepada kawan kita tadi, kerana keadaan asal amanahnya adalah begitu. ini baru nama jaga amanah :)

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s