selagi aku berpeluang

Kalau sebelum ini boleh berlengah-lengah,

Tetapi selepas ini tidak boleh tangguh-tangguh lagi.

Kalau sebelum ini fikir diri sendiri sudah cukup baik,

Tetapi sebenarnya tidak lagi.

Kalau sebelum ini rasa sudah banyak bangun bertahajjud dan bertaubat,

Tetapi bila fikir semula, tidaklah sebanyak yang Rasulullah buat setiap hari.

Kalau sebelum ini, rasa macam banyak masa lagi,

Tetapi sedar-sedar, sudah dua puluh tahun menjadi khalifah bumi.

Sedar-sedarlah wahai diri !

*********************************

bertaubat selagi sempat !

Malam tadi, dapat peringatan tentang taubat kepada Allah.

Taubat hak setiap hamba. Taubat untuk semua. Taubat tidak kira lapisan iman kita dimana, tinggi atau rendah. Taubat adalah hadiah dari Yang Maha Penerima Taubat buat hamba-hambaNya. Taubat tidak terhad untuk dosa-dosa besar sahaja, malah dosa-dosa kecil yang selalu kita ketepikan juga boleh bertaubat.

Kita selama ini hanya bertaubat. Bertaubat atas dosa-dosa, tetapi adakah kita mempunyai alasan yang kukuh mengapa kita bertaubat.

Alasannya,

Kita ini adalah hamba, maka wajib bertaubat.

Kita ini ada hak yang perlu ditunaikan, antara haknya adalah bertaubat.

Kita ini tidak sempurna, maka perlu bertaubat.

Kita ini manusia, selalu lupa, selalu leka, maka perlu bertaubat.

Kita ini selalu berpotensi untuk membuat maksia, maka perlu selalu betaubat.

Kita ini perlu bertaubat, sekarang, esok, dan selamanya,  jauh sekali untuk  berhenti.

Taubat ini adalah satu nikmat. Nikmat yang wajar dirasa dalam hati setiap hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Jika tiada langsung rasa ingin bertaubat, anda sudah hilang nikmat itu, nikmat ingin pulang ke pangkal jalan, maka berterus-terusan anda akan terus hanyut. Akhirnya, hanyut sendirian, ditenggelam zaman.

Taubat adalah mainan hati. Tersimpan jauh dalam hati. Mulut kata  sudah bertaubat. Fikirkan, apa yang hati anda bisikkan. Sujud yang kita persembahkan dalam setiap 5 kali waktu sembahyang, adakah hati kita juga benar-benar sujud kepada-Nya. Apa sahaja yang kita lakukan, adakah kita ingat ada yang menilai, ada yang melihat, dan ada yang mengetahui ?

orang yang lalai lebih buruk dari orang yang buat maksiat

Orang yang lalai tidak menyedari hakikat taubat. Malah terlalu sibuk dengan dunia, siang malam hanya menyelesaikan urusannya sahaja. Orang yang membuat maksiat, mereka ada kesedaran untuk bertaubat.

Maka sebab itulah syaitan tidak akan mengacau orang yang lalai, kerana jika mengacau orang-orang yang lalai, mereka akan beringat, seterusnya kembali ke pangkal jalan.

Berlarilah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Taubat yang sungguh-sungguh. Taubat yang datang dari hati. Taubat yang penuh penyesalan. Taubat yang diiringi linangan air mata. Taubat yang datang dari seorang hamba kepada Rabb-Nya.

Tidak rugi anda bertaubat. Malah, Allah sangat mencintai orang-orang yang bertaubat. Allah sangat merindui rintihan hati dari hamba-hambaNya. Allah sangat suka mendengar luahan isi hati kita meskipun Dia Maha Mengetahui. Allah suka kita sebut-sebut namaNya.

jom bertaubat !

…………….Sungguh, Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri ” (2 : 222 )

Dan bertaubatlah dengan taubatan nasuha. Perkataan nasuha membawa dua maksud. Maksud yang pertama, menyeluruh ( taubat syamilah).

Menyeluruh  untuk sesuatu dosa yang kita lakukan. Tinggalkan kesemuanya, tiada yang terkecuali. Contohnya, aku bertaubat untuk tidak mengumpat orang lagi. Jika kita lafazkan aku bertaubat untuk tidak mengumpat orang lagi kecuali si polan, si polan, bererti kita tidak lagi menyeluruh.

Maksud yang kedua, menasihati pemiliknya.

Ya, taubat nasuha yang dilakukan adalah sebagai wasilah nasihat kepada pemiliknya. Untuk mengingatkan kepada si peminta taubat agar jangan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali.

Gembirakan Allah dengan taubat anda. Pastikan seratus peratus keyakinan telah anda pacakkan dalam setiap taubat anda. Yakini bahawa Allah tetap akan mengampunkan dosa-dosa kita. Berdoa sungguh-sungguh kepada Allah, agar Allah berikan lagi, nikmat bertaubat ini. Dan yang pasti, keinginan hati juga penting. Jika bertaubat tanpa kenginan hati, maka taubatnya hanya sia-sia.

p/s : credit to HARU’S EDEN

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s