sindrom anak ikhwah-akhawat

Apa sindromnya ?

Apa masalahnya ?

Apa isunya ?

*********************

” susahlah, mak dah pass nama kat akak2 ni ”

” usrah ni memang wajib sampai ke tua ke ? ”

” dari kecik dah usrah, bosanlah ”

***********************

Banyak cerita yang saya dengar. Banyak perkara yang saya lihat. Banyak benda yang saya fikir. Ada yang baik, ada yang buruk. Dan sememangnya benda ini terkadang mengelirukan saya.

Bukankah sepatutnya anak ikhwah akhawat bagus-bagus ?

Hati saya menjawab, iman bukan boleh diwarisi.

Bukankah anak ikhwah akhawat sudah mula ditarbiyyah sejak kecil ?

Hati saya menjawab, itu tidak menjamin mereka akan terus tsabat dalam jalan ini.

Bukankah anak ikhwah akhawat sepatutnya lebih bersemangat ?

Hati saya menjawab, tidak semestinya mereka memahami semangat membawa dakwah ini.

Bukankah anak ikhwah akhawat sepatutnya begitu, begini ?

Hati saya menjawab, tidak semestinya formula ini menjadi. Kalau menjadi, alhamdulillah. Kalau tidak, entah saya sendiri tidak mengetahui. Dan masalah ini melibatkan semua, ibu bapa yang mentarbiyyah, dan anak yang ditarbiyyah.

Bukan ingin menunding jari, tetapi saya menegaskan bahawa formula anak ikhwah dan akhawat itu semestinya menjadi adalah tidak betul. Tidak semestinya.

Formula yang ligat bermain di kotak pemikiran saya adalah formula IM. Formula individu muslim. Individu muslim perlu dibina dengan baik. Kerana individu muslim yang akan menjaga tarbiyyah dirinya sendiri. Perlu membina individu muslim yang mempunyai tarbiyyah dzatiyyah yang tinggi.

Individu muslim yang menjadi bersatu dengan individu muslim yang juga menjadi, insyaAllah, akan terlahirlah individu-individu muslim yang juga menjadi.

Formula ini yang tercakna dalam ingatan saya. Dan saya rasa ini satu-satunya formula yang akan berhasil.

Formula ini senang atau susah ?

Formula ini ada susah dan senangnya. Yang pasti, berterusan. Pembinaan individu muslim berterusan, walaupun empayar Islam telah terbina sekalipun, walau Islam menang satu hari nanti.

Formula ini memerlukan usaha siapa ?

Memerlukan usaha semua. Si pembina dan diri yang dibina. Murabbi dan mutarabbi. Murabbi perlu bersungguh-sungguh membina mutarabbinya. Mutarabbi juga perlu membina diri dengan tarbiyyah yang murabbi berikan. Murabbi dan mutarabbi perlu kuat. Perlu kuat sama-sama dalam jalan ini.

Formula ini apa konsepnya ?

Konsepnya, diri sendiri yang perlu kuat. TARBIYYAH DZATIYYAH yang perlu dijaga. TARBIYYAH DZATIYYAH yang kena kuat. TARBIYAH DZATIYYAH yang kena berterusan. TARBIYYAH DZATIYYAH yang kena dibina.

Kerana tidak selamanya kekuatan kita bergantung kepada murabbi kita. Murabbi hanya pemudah cara, hanya penunjuk jalan. Dan keberadaan kita di dalam jalan dakwah, bukanlah sebab jemaah kita yang gah, bukanlah naqib atau naqibah yang hebat, tetapi sebab TARBIYYAH DZATIYYAH yang berkesan.

Macamana pula bagi yang bukan anak ikhwah akhawat ?

Apakah mereka tidak bagus ?

Patutkah mereka merendah diri ?

Pada mulanya terasa juga rendah diri. Terasa juga kejanggalan hati. Rasa segan, sebab jahiliyyah pernah menyeliputi diri. Rasa malu, kerana tidak mengenali tanggungjawab dakwah ini lebih awal. Rasa rendah diri, apabila perkara yang dibualkan bukan berkaitan tarbiyyah dan dakwah.

Ini rasa pada mulanya. Setelah mengetahui dan melihat perkara sebenar, terasa bersemangat kembali. Ternyata pembinaan individu muslim itu perlu pembinaan yang rapi. Kerana ingin membina satu keluarga yang juga terdiri daripada individu-individu muslim yang mantap satu hari nanti.

 

4 thoughts on “sindrom anak ikhwah-akhawat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s