Qanathir Sungai Nil

Tanggal 3 Disember lepas, dapat peluang berjalan-jalan ke Qanathir Sungai Nil, ada ustaz kelas arab yang ajak. Tempat tersebut memang tidak pernah pergi, hujung pelusuk Sungai Nil. Sepanjang perjalanan ke sana, dengan menaiki bot, sejuk sangat ( sejuuuuuuuukkkkkk). Memang sejuk. Nampak kabus sahaja. Putih menyelubungi pagi. Seawal jam 8 pagi sudah bertolak.

dari atas bot
kami atas bot

Sepanjang berada di atas bot, ada kuiz tentang pengetahuan ilmu am. Ustaz panggil ikut nombor yang kami semua dapat, kemudian perlu jawab soalan.

Antara soalan, ( soalan semua dalam bahasa arab, tetapi saya terjemahkan)

” Apa benda yang ada mata, tapi tak melihat ”

” Apa benda yang menulis, tapi tak membaca ”

” Namakan bulan-bulan haram dalam Islam”

Dan ada juga solaan berbentuk cabaran. Cabaran menghabiskan lolipop. Cabaran makan makanan ringan tanpa menggunakan tangan. Dan memang ada juga golongan-golongan yang mengantuk, dibuai kesejukan pagi.  ( :P )

Sampai sahaja di sana, terus duduk buat bulatan. Ustaz  bagi sedikit pengisian. Ustaz pesan, kita keluar bukan saja-saja, tadabbur alam. Kena tajdid niat. Bila tengok ciptaan Allah, buat kita lebih kenal Allah dengan lebih dalam. Bukan sekadar seronok-seronok, tetapi kena hayati semula apa yang kita lihat.

Dan dapat juga dengar kalam-kalam indah dari beberapa orang ukhti yang telkah dipilih oleh ustaz. Ustaz memberikan tajuk-tajuk tertentu. Rasa sangat seronok, sebab memang dapat rasa keluar pergi Qanathir Sungai Nil bukan sia-sia.

Selepas mendengar kalam-kalam, ustaz bagi peluang kepada kami untuk berseronok. Ada yang main bola, ada yang main permainan kanak-kanak. Lepas main, semua penat. Bila semua penat, kena tambah tenaga. Bila kena tambah tenaga, maksudnya kena makan.

Semua bawa makanan yang sedap-sedap. Ada makaruna, mee goreng, nasi goreng, ruz billaban, puding jagung dan pelbagai lagi.

pintu masuk
kuda-kuda
matahari terbenam
kapal-kapal

Ada satu keadaan yang buat kami semua tersentuh. Tengah-tengah kami bermain sejenis permainan bersama isteri ustaz, ada beberapa perempuan arab datang menyapa kami, menyatakan hasrat untuk bermain bersama kami.

Dan kami menolak.

Kemudian ustazah menegur, ( saya terjemah lagi)

” kamu semua tak boleh buat macam tu. salah ”

Ustazah menyambung lagi,

” semua orang muslim itu sepatutnya bersikap terbuka. Kalau kamu menolak untuk bermain bersama mereka sebab tabarruj takpe. tapi kalau sebab lain, salah ”

Terasa tertembak. Bukankah agama Islam itu bersifat terbuka. Menerima sesiapa sahaja. Menerima segalanya. Kerana Islam ini untuk semua.

p/s : seronok melayang-layang kat sana, kan aida ? :)

2 thoughts on “Qanathir Sungai Nil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s