semalam~

Semalam, ditanya oleh seorang mutarabbi yang saya bina,

“ Kenapa islam dan iman itu nikmat terbesar ? Selalu orang cakap macam tu.”

Saya bertanya kembali,

“ Rasa tak benda tu nikmat ? ”

“ Entah ”

Ini penjelasannya. Memang islam dan iman adalah nikmat terbesar yang kita terima. Kerana yang pertama, kita dapat secara percuma, sepertinya nikmat-nikmat lain juga. Lagi rasa bertuah apabila lahir sahaja ke muka bumi, memang sudah sedia islam, sebab ibu dan ayah juga islam. Lahir-lahir,terus kena azan dan iqamat.

Kedua, islam dan iman itu adalah tuntutan dari Al-Quran. Maka, jika kita dapat menikmati islam dan iman, kita adalah orang yang telah memenuhi janji dan yang paling beruntung.

Ketiga, islam dan imanlah menjadi saham kita di muka bumi ini, dan hanya dengan kedua benda ini, kita layak memohon masuk ke syurga Allah.

Keempat, islam dan iman datang dari Allah. Jika kita kehilangan kedua-dua nikmat terbesar ini, maka kita hilang Yang Maha Agung, Maha Kaya, Maha Besar, Maha Segala-galanya.

Bagaimana keadaan kita, jika kita sendiri tempat bergantung, ibarat layang-layang yang terputus talinya. Hilang Allah, tanda hilang segala-galanya. Ibarat hidup di dunia tiada apa-apa, hanya robot bernyawa yang melakukan kegiatan yang serupa sahaja setiap hari.

Hilang islam dan iman, tanda tiada harapan lagi untuk masuk ke syurga Allah. Malah, selayaknya menjadi penghuni neraka-Nya.

Hilang islam dan iman dalam diri, tanda tiada lagi cinta untuk Sang Rabb, hanya ada ruang-ruang untuk diiisi oleh cinta kepada dunia dan seisinya.

Hilang islam dan iman, tanda hati kita mati.

Dan  hati yang mati, layakkah untuk dipersembahkan kepada Allah ?

Pada hari yang tiada manfaat harta benda dan anak-pinak melainkan siapa yang datang menemui Allah dengan hati yang sejahtera ” (As-Syu’araa’: 88)

p/s : suka cakap tentang hati lately, sebab rase hati cam tak best. Bila dah ok, nanti cakap benda lain pulak.

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s