apa nilainya pada kita ?

Apa fahaman yang kita faham selama ini?

Al-Quran hanyalah sebuah kitab dari-Nya. Hanyalah sekadar bahan bacaan harian untuk menambah pahala. Hanya melengkapkan mutabaah amal yang kosong. Hanya sebagai melengkapkan taqwim khatam tahunan. Atau memang hanya kerana sudah terlatih dari kecil membaca Al-Quran setiap hari.

Dan hanya sekadar itukah ?

Al-Quran ada fungsi lain. Al-Quran ini bahan penting. Al-Quran ini bukan diturunkan tanpa ada hikmahnya. Al-Quran ini bukan sekadar itu.

“ Wahai manusia ! Sungguh telah datang kepadamu pelajaran ( Al-Quran ) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman” ( 10:57)

Allah beritahu ada 3 ciri-ciri Al-Quran.

Al Quran itu penyembuh penyakit yang ada dalam dada.

Al-Quran itu petunjuk.

Al-Quran itu rahmat.

Tetapi ketiga-tiga perkara ini hanya dapat dirasai oleh orang-orang yang beriman sahaja. Sesiapa yang tidak beriman tidak boleh merasainya.

Dan tanya kembali, ada iman atau tidak yang tersimpan dalam lubuk hati kecil anda ?

Jika anda tidak merasa ketiga-tiga perkara, maka anda tiada iman, atau iman anda masih lagi tidak kukuh. Dan sebaliknya, jika anda merasainya, maka anda ada iman, iman yang kukuh, insyaAllah.

Bagaimana dikatakan Al-Quran itu penyembuh penyakit yang ada dalam dada.

Apa yang ada dalam dada kita adalah hati kita. Saban hari hati kita bertarung hebat memilih sama ada nafsu atau kebenaran yang akan menang. Dan yang mana  menang, tertakluk kepada kita yang memilihnya, kerana kita mempunyai akal.

Jika nafsu sahaja yang menang saban hari, itu tanda hati sedang sakit, tanda ianya memerlukan rawatan segera. Dari sudut fizikal, hati memang sihat, tetapi kesejahteraan hati semakin lama semakin hilang. Ketenangan hati semakin lama semakin pudar. Kerana hati tidak kembali kepada fitrahnya. Dan mesti ingat, semakin lama ianya tenat, semakin ia menghampiri saat kematiannya

( hati mati)

Apa fitrah hati ?

Fitrah hati adalah kembali berjumpa dengan Rabb-Nya.

Maka pabila sedar hati itu sakit, kembalilah kepada ubatnya, Al-Quran. Kerana Allah sendiri yang berfirman, bahawa Al-Quran itu penyembuh penyakit yang ada dalam hati.

Al-Quran itu petunjuk. Petunjuk sepanjang zaman, setiap tempat. Petunjuk untuk segala perkara. Perkara-perkara kecil dan perkara besar-besar. Bukan hanya sudut pembahagian harta pusaka, kahwin, talaq, malah yang terpenting adalah aqidah kita.

Aqidah kita yang memerlukan pembetulan, memerlukan penyucian, memerlukan penjelasan tentang siapa kita sebenarnya, kepada siapa kita mengabdikan diri kita.

Al-Quran itu rahmat. Rahmat itu meliputi kemurahan Allah ( Allah Maha Pemurah ), keampunan Allah, rezeki dan segala-galanya.

Al-Quran tanda kasih sayang Allah pada kita. Tanda Allah ingin kitab selamat dari api neraka-Nya yang amat pedih azabnya, tanda Allah ingin kita jadi ahli syurga-Nya yang penuh dengan nikmat.

Dan marilah kembali kepada Al-Quran penuh-penuh, seluruhnya.

Bukan separuh-separuh, bukan suku-suku.

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s