apakah telah cukup ?

Apakah telah cukup aku berjuang selama ini,

Sedangkan setitik darahku tidak jatuh lagi kerana dakwah ini.

Apakah telah cukup aku berjuang selama ini,

Sedangkan jala dakwah ini tidak tertebar jauh lagi.

Apakah telah cukup aku berjuang selama ini,

Sedangkan tenaga ini tidak kehabisan lagi.

Apakah telah cukup aku berjuang selama ini,

Sedangkan mereka masih lagi terkapai-kapai, memerlukan aku.

Apakah telah cukup aku berjuang selama ini,

Sedangkan harta diri, masih lagi banyak untuk diri sendiri.

Apakah telah cukup aku berjuang selama ini,

Sedangkan masih ada lagi masa-masa terbuang.

Apakah telah cukup aku berjuang selama ini,

Sedangkan makan masih kenyang, tidur masih lena.

Apakah telah cukup aku berjuang selama ini,

Sedangkan ada lagi kefahaman yang belum aku sampaikan.

Apakah telah cukup aku berjuang selama ini,

Sedangkan aku masih lagi bernyawa.

Apakah telah cukup aku berjuang selama ini,

Sedangkan masih ada nafas yang aku hirup.

Apakah telah cukup aku berjuang selama ini,

Sedangkan bumi ini menjadi saksi pejuang khalifah-Nya.

Apakah telah cukup aku berjuang selama ini,

Sedangkan matahari tidak lagi musnah, langit tidak lagi menghempap.

Apakah telah cukup aku berjuang selama ini,

Sedangkan arus dakwah dan tarbiyyah tidak akan berhenti.

Apakah telah cukup aku berjuang selama ini,

Sedangkan masih ada saudara-mara di Palestina sana yang tersiksa.

Apakah telah cukup aku berjuang selama ini,

Sedangkan aku telah sedar tanggungjawab diri sendiri.

Apakah telah cukup aku berjuang selama ini ?

Cukupkah segalanya mahu dipersembahkan kepada Allah Yang Maha Esa ?

Mengaku pejuang tapi haprak.

Mengaku khalifah tapi hampas.

Suka mengaku segala-galanya,tapi  belum pernah  ada usaha.

Sudahlah dengan angan-anganmu, syurga itu tinggi nilainya, tidak termampu diri ini untuk mengumpul pahala mengejar ke sana. Hanya dengan kudrat ini, melangkah gagah, maju ke hadapan,

Menjadi pejuang yang sejati. Pejuang agama-Nya yang hakiki.

 

Monolog seorang pejuang agama~

mylittlepencil

Advertisements

2 thoughts on “apakah telah cukup ?

  1. Allah tak akan bertanya,”sudah berapa ramai yang didakwah olehmu?atau sudah berapa ramai yang kau ubah dgn dakwahmu?” tapi Yang Maha Adil itu akan bertanya,”sudahkah kau melakukan dakwah?” Kerana hidayah datangnya HANYA dari ALLAH…

    Rehat di syurga,insyaAllah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s