serupa tapi tak sama

Bismillah.

Ini ada satu perkongsian. Perkongsian tentang kefahaman, bukan keilmuan.

Betapa islam dan iman itu perkara yang berbeza.

Tidak semestinya orang Islam itu beriman, tetapi semestinya orang beriman itu Islam.

?

Betul. Ini ayat penyata, bukan ayat tanya. Ini kepastian, bukan kekeliruan.

Buktinya, Allah ada berfirman mengenainya di dalam Al-Quran, surah Al-Hujurat, ayat 14.

Orang-orang Arab Badwi berkata, ” Kami telah beriman”. Katakanlah ( kepada mereka ) ” Kamu belum beriman”, tetapi katakanlah kamu telah tunduk ( Islam), kerana iman belum masuk ke dalam hati-mu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun ( pahala) amalmu. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang ” (49:14)

Ayat ini menunjukkan iman berbeza dengan islam. Sama ada kita tahu atau tidak sebelum ini, maka sekarang terimalah hakikatnya, kedua-dua benda ini berbeza.

Dan tanya diri anda kembali, punyai kedua-duanya atau salah satu sahaja.

Islam, Iman atau kedua-duanya.

Dan Allah turut menjelaskan bahawa iman itu tempatnya di dalam hati. Jika anda tiada hati, mana mungkin iman itu akan bertapak. Jika anda telah penuhi ruang-ruang hati dengan perkara-perkara lain, mana mungkin iman itu akan bersarang.

Jika sekadar islam, itu sahaja tidak cukup. Islam hanyalah cara hidup. Melambangkan fizikal kita. SelagiIislam perintahkan tutup aurat, kita tutup aurat. Selagi kita tahu semua orang Islam itu berpuasa, maka kita pun turut berpuasa.

Apa pendokong di sebalik amal kita ini sebenarnya ?

Pendokong iman. Iman yang di belakang memberi sokongan padu kepada hati-hati Muslim agar sentiasa melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar.

Dan jika kita ini hanya Islam, tetapi tidak beriman, apakah ertinya ?

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s