Viridans Streptococci

Viridans Streptococci yang dikulturkan dalam pinggan petri

Hari ini dalam kelas, ada belajar tentang sejenis bakteria yang menarik. Namanya Viridans Streptococci. Bakteria ini ada dalam mulut kita, secara normalnya. Lebih kurang macam penghuni tetap mulut kita saban hari.

Bakteria ini ada baiknya, ada buruknya.

Baiknya bakteria ini, mereka boleh mengeluarkan dua jenis enzim, bacteriocins dan hydrogen peroxide. Kedua-dua enzim ini boleh menghalang proses kolonisasi bakteria-bakteria lain yang terdapat dalam mulut kita.

Betapa makhluk Allah ini istimewa belakanya. Tidak kira kita, manusia, yang memang  Allah sebutkan di dalam Al-Quran, sebaik-baik ciptaan, sehinggalah makhluk-makhluk yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Dan selepas ini, mesti lebih menghargai ke atas segala ciptaan Allah.

Kepada pensyarah saya, Doktor Amany Mostafa, terima kasih kerana membuka mata saya.

Dan keburukan makhluk kecil comel ini adalah mereka boleh menyebabkan sejenis penyakit, SABE ( subacute bacterial endocarditis), jika kita tidak menjaga kebersihan gigi kita.

Kerana jika gigi kita tidak bersih, karies gigi akan terbentuk. Dan sewaktu proses gigi dicabut, darah akan memancut keluar dari tempat gigi yang tercabut. Sewaktu inilah, bakteria-bakteria tersebut akan memasuki ke saluran darah di dalam badan kita.Dan seterusnya jika bakteria ini sampai ke jantung kita, mereka akan duduk membiak di dalam injap jantung ( heart valve).

Dan antara faktor-faktor yang akan meningkatkan lagi risiko untuk seseorang mendapat penyakit SABE adalah :

congenital heart

rheumatid heart

prostathic heart valve

Dan Doktor Amany ada bertanya kepada kami sekelas,

” You know siwak ? ”

Kami mengangguk.

Dan beliau berkata,

” It’s sunnah ”

Ya, perkara ini telah Nabi Muhammad telah ajar kepada kita semua sebelum terjadinya terciptanya berus gigi lagi. Telah diterangkan oleh baginda sejak awal lagi. Disuruh menjaga kebersihan. Lebih-lebih lagi bahagian mulut. Kerana dengan mulut kita berkomunikasi. Dan dengan mulut kita memberi senyuman paling manis buat sahabat di sekeliling kita.

Bukankah senyum itu sedekah ?

Ini ada hadis tentang siwak.

‘Abdullah ibn ‘Umar menerangkan: “Tidaklah Rasulullah SAW tidur melainkan siwak ada di samping baginda. Tatkala baginda bangun tidur, baginda terus bersiwak.” [Musnad Ahmad] Abu Hurairah pula meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: “Andaikata tidak memberatkan umatku, nescaya aku akan memerintahkan mereka untuk selalu bersiwak setiap kali hendak mendirikan solat.” [Shahih al-Bukhari]

 

Al-Miqdam bin Syuraih meriwayatkan daripada ayahnya: “Aku bertanya kepada A’isyah, apakah yang terlebih dahulu dilakukan oleh Nabi SAW ketika masuk ke dalam rumah?” A’isyah menjawab: “Bersiwak.” [Shahih Muslim] Selain itu baginda juga pernah menyatakan: “Siwak itu pembersih mulut dan mendatangkan keredhaan Allah.” [Musnad Ahmad]

 

A’isyah RA menerangkan bahawa ‘Abdul Rahman bin abu Bakar pernah masuk ke rumah menemui Nabi SAW. Ketika itu ‘Abdul Rahman membawa siwak yang basah untuk membersihkan giginya. Mata Nabi SAW tidak terlepas dari memandang siwak itu sehingga akhinya A’isyah mengambilkan sebatang kayu siwak untuk baginda. [Sahih al-Bukhari].

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s