potong tudung :)

Semalam berjalan-jalan ke kedai tudung, untuk membeli tudung. Merancang untuk membeli memang sudah lama, tetapi baru semalam hajat kesampaian. Terima kasih kepada ‘budak biru’ kerana menemani saya.

Alkisahnya bermula sewaktu saya ingin memotong tudung. Rancangannya selepas potong terus boleh dijahit di bahagian tepi. Selepas membeli, bawa terus kain-kain tudung ke masjid berdekatan. Masuk sahaja ke masjid, imam sudah bersedia untuk menunaikan Solat Maghrib.

” Solat dululah. Tudung jap-jap gi bleh potong ” detik hati saya.

Selepas menunaikan solat Maghrib berjemaah, saya mengeluarkan gunting dari beg untuk memulakan operasi.

” Buat kat belakang la weh ” kata budak biru. Saya hanya mengangguk.

Operasi bermula….

Bentang kain luas-luas, keluarkan tudung contoh. Selepas itu, potong ikut  tudung contoh.

OOpppss…

” Farah, lupa la pulak macamana nak gunting kain ni ” saya mengadu.

” La, dah tu, camane ni ? ”

Bentang punya bentang, tidak ku temui juga caranya.

Dan sewaktu itu,

Rupa-rupanya sudah banyak mata-mata yang  memandang kami yang ketika itu dalam kesusahan. Maklumlah berlagak tahu cara memotong kain tudung, tetapi sebenarnya terlupa bagaimana cara yang betul.

Dan datanglah  dua orang makcik arab yang sangat baik hati. Mereka menunjukkan cara kepada kami berdua. Mereka memang bersungguh-sungguh untuk menolong kami. Mereka potong ikut ukuran dan mengikut kehendak hati kami. Dan bukan hanya satu, malah kesemua tudung saya, makcik arab tersebut tolong potongkan.

Sudah mula terasa malu dengan diri sendiri. Tadi ego tinggi. Sekarang ego sudah terbuang dengan sendirinya.

Mereka sangat-sangat baik hati. Mereka seaqidah dengan saya, seislam dengan saya. Dan itu alasan yang paling kukuh mengapa  mereka sudi untuk menolong saya. Sesama muslim memang kena ada sikap tolong-menolong, tidak kira benda itu kecil atau besar. Tolong potongkan tudung, saya kira kecil sahaja hal itu, tetapi keikhlasan menolong itu yang besar, dan itu yang Allah nilai.

Dan yang paling saya suka, makcik tersebut penuh dengan senyuman sewaktu menggunting. Tidak ada rungutan. Malah buat kerja dengan penuh tekun dan teliti. Kalaulah saya jadi makcik arab tersebut , banyak lagi kerja lain yang mahu dibuat daripada menolong dua orang budak melayu ni.

Dan dalam hati mula terfikir,

” Makcik ni susah-susah tolong aku, tak kaco waktu dia ke ? ”

” Boleh mati keseganan la aku dengan makcik ni ”

Dan sewaktu menggunting, datang seorang sahabat dari negara mana, saya terlupa, dan namanya Malikka. Dia seorang pelajar. Dia tahu berbahasa Inggeris, memudahkan kami untuk berkomunikasi. Dia sangat peramah. Dia penuh dengan senyuman. Dan kata-kata yang pertama dia ucapkan kepada kami adalah,

” You are very intelligent ”

Saya hanya tersenyum. Dan kami mengambil kesempatan bertukar emel dan nombor telefon. Saya amat berharap akan dapat lagi berjumpa dengan makcik arab, Mak Cik Munaa  dan Malikka. Kerana jasa mereka saya tidak dapat lupakan.

Sewajarnya, inilah akhlak Muslim yang sepatutnya kita tonjolkan supaya orang luar nampak bahawa Islam itu sangat indah.

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s