cinta dan hatiku tertinggal di bumi sana

Sudah mula rindukan suasananya.

Sudah mula rindukan orang-orang yang memeriahkan di sana.

Sudah mula rindu, rindu dan rindu.

Ingin berharap, dapat bersua kembali di lain waktu, jika bukan di dunia

Di akhirat sana.

Cintaku dan hatiku tertinggal di sana, di bumi yang penuh dengan tarbiyyah yang tersendiri.

Cintaku dan hatiku tertinggal di sana, di bumi yang sarat dengan pengajaran.

Cintaku dan hatiku tertinggal di sana, saat aku mengenang ukhuwwah yang telah dijalinkan, meskipun yang telah aku kenal, mahupun yang baru ku kenal.

Cintaku dan hatiku tertinggal di sana, saat aku tertawa gembira bersama mereka, mereka juga turut tertawa, saat aku berduka, mereka juga berduka.

Cintaku dan hatiku tertinggal di sana, namun terpaksa ku melangkah pergi kerana kita perlu berjuang.

Dan ku percaya dengan cintaku dan hatiku yang tertinggal di sana, akan membuatkan mereka sentiasa mengingatiku, sebagai teman seperjuangan mereka.

Cintaku dan hatiku tertinggal di sana, bukan bermakna cintaku tiada di sini, malah mekar kedua-duanya sekali.

Cintaku dan hatiku tertinggal di sana, bukan bermakna yang disini dan disisi tidak istimewa, malah keduanya mempunyai tempat di hati.

Cintaku dan hatiku tertinggal di sana, bukan bermakna aku tiada lagi cinta dan tiada lagi hati, malah masih ada lagi cinta dan hati untuk sesiapa yang sudi memahami bahasa dakwah ini.

Cintaku dan hatiku tertinggal di sana, kerana mereka berada dalam jalan dakwah ini.

Cintaku dan hatiku tertinggal di sana, kerana mereka sanggup memahami perjuangan ini.

Cintaku dan hatiku tertinggal di sana, kerana mereka semua turut mempunyai cinta dan hati untuk diri ini.

Cintaku dan hatiku tertinggal di sana, kerana bukan calang-calang cinta yang diberi, cinta kerana Ilahi.

Cintaku dan hatiku tertinggal di sana, kerana mereka sanggup untuk memberi, memberi apa sahaja yang dipinta hati.

Dan yang pasti, cintaku dan hatiku tertinggal di sana.

(khas untuk akhawat Jordan)

 

 

Advertisements

5 thoughts on “cinta dan hatiku tertinggal di bumi sana

  1. Syukran ukhti =) Kami di Urdun pun merindui kalian di sanaaaa…!!! Datanglah lagi ya..

    Cantiknya ukhuwwah, manisnya cinta ini kalau ianya adalah untuk Sang Pencinta paling agung.. InshaAllah.

    Mari kita sama-sama teruskan perjalanan “coaster DnT” menuju ke destinasi terakhir, Jannah, inshaAllah <3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s