Journey to Petra

Banyak yang mahu saya ceritakan sepanjang berada di Bumi Jordan ini. Yang pasti, segalanya manis. Semuanya ada kenangan untuk disimpan dalam lubuk hati, benak sanubari.

Dan tempat yang paling saya suka, adalah Kota Petra, tinggalan Kaum Tsamud, kaum Nabi Saleh. Kota pembuktian dunia ini hanya ilusi semata. Kota tinggalan bukti cinta pada dunia itu tidak kekal. Kota tinggalan bukti lalai pada dunia, tidak menjamin apa-apa.

Kaum Tsamud terlalu leka dengan binaan bangunan mereka, sehingga lalai kepada dakwah yang diseru kepada mereka. Kalau dilihat, memang cantik. Dan dalam tidak sedar, saya sendiri terpana. Terpana dengan kecantikan dan kemegahan bangunan mereka. Dengan kehendak Allah, binaan itu masih kekal sehingga sekarang.

” Lihat semua dengan kaca mata tarbiyyah awak ” pesan seorang ukhti kepada saya.

Dan tarbiyyah yang saya dapat, jangan leka dengan dunia. Jangan terlalu cinta dunia. Jangan terlalu bahagia dengan dunia. Dunia ini tidak memberi segala-galanya. Dunia ini hanya pinjaman sementara.

Saya tahu, Allah ingin saya melihat hasil peninggalan bangunan itu dengan fikiran, dengan akal yang Dia beri. Bukan hanya untuk dikagumi semata, mesti ambil pengajaran.

Sepanjang perjalanan, kaki sakit-sakit, badan berpeluh-peluh. Ini latihan untuk seorang daie. Kekuatan jasmani. Terbayang-bayang di mata, bagaimana kuatnya Nabi Saleh menyampaikan dakwahnya ke seluruh Kota Petra. Dan semestinya kita juga mesti kuat seperti itu. Kerana kita tahu, tarbiyyah memerlukan seorang daie yang cerdas fikirannya dan cergas badannya.

Dan saya sendiri leka. Leka mengambil gambar sekitar Kota Petra. Hampir 300 keping gambar bersama rakan-rakan yang lain.

Tetapi, yang sedih, gambar masih tidak boleh diletak, kerana ada sedikit kesulitan. Akan berusaha untuk letak secepat mungkin.

salam dari bumi Petra

10.24 malam, bait Muriyyat

 

2 thoughts on “Journey to Petra

  1. akhirnya~ =P sungguh, tarbiyah itu manis dan kemanisan itu hanya boleh dirasai oleh orang2 yang mengikutinya~

    p/s: dgn sukacitanya ana mengumumkan ana sudah mula mengaji dengan cik tenang. penat kena basuh dgn sabun daia nih. hehe. alhamdulillah 3la kulli hal~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s