islamic shrines :)

Hari ini dapat melawat maqam-maqam para sahabat di sekitar Irbid. Ada lima maqam kesemuanya.

1. Amir Bin Abi Waqas, adik Saad Bin Abi Waqas

2. Abu Ubaidah Al-Jarrah

3. Dhirar Al-Azwar, abang Khaulah Al-Azwar

4. Muadz Bin Jabal

5. Syurhabil Bin Hasanah

Kesemuanya para sahabat yang ssangat hebat. Sangat hebat setelah mendapat celupan islam. Sangat hebat kerana mendapat tarbiyyah dari seorang murabbi yang sangat hebat.

Kesemuanya meninggal akibat taun sewaktu Perang Yarmouk  kecuali Amir Bin Abi Waqas. Taun melanda selama 3 bulan. Saya pasti semua dari kalangan mereka sangat menginginkan mati syahid, tetapi Allah menetapkan ini cara mereka meninggalkan dunia.

Dan  mati syahid itu bukan hanya tertaluk dalam perang sahaja. Atas katil juga syahid. Taun juga penyebab mati syahid, sekiranya kita niatkan dengan betul. Dan bukan hanya sekadar niat, ibarat melepaskan batuk di tangga, usahanya juga mesti setimpal.

Dan pengakhiran mereka, diakhiri dengan baik. Ditutup lembaran sejarah hidup mereka semua dengan kegemilangan Islam. Sumbangan mereka pada Islam.

Mereka mulia kerana Islam.

Mereka dikenali kerana Islam.

Mereka merupakan pendakwah dan pejuang Islam  yang sangat hebat.

Kita nanti, pengakhiran yang tidak terjamin. Adakah orang akan mengenali kita dengan Islam yang ada pada diri kita. Adakah orang akan mengingati kita dengan Islam yang kita tonjolkan sewaktu kita hidup dahulu.

Bukan meminta untuk diingati atau dikenali. Jauh sekali untuk mengejar populariti. Tetapi adakah kita mahu mengakhiri nafas terakhir nanti dengan hanya meninggalkan hasil buangan di dunia. Dihidupkan di dunia  hanya ibarat anak patung yang berdiam diri.

Dan sudah pasti, Islam yang kita anuti ini yang akan memuliakan kita. Kerana Islam ini agama yang mulia. Ini agama Allah, bukan rekaan. Agama ini akan terpelihara selagi ada yang menjaganya, selagi ada yang menyampaikannya.

Dan tugas kita ?

Mesti menyampaikan Islam. Kerana kita hanya akan mulia kerananya.

Jika tidak, kita yang akan rugi.

p/s : gambar akan diletak nanti…

 

Salam dari Irbid, Jordan

11.12 malam, Bait Muriyyat

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s