tarbiyyah jaulah :)

Tarbiyyah boleh diberi dan dapat dipelajari dalam pelbagai bentuk. Senang kata, semuanya yang berlaku dalam hidup kita adalah tarbiyyah. Tarbiyyah dari Allah Yang Maha Esa, tarbiyyah untuk kita menjadi Muslim dan Mukmin yang hebat.

Dan jaulah saya kali ini ke Jordan, telah memberikan saya pelbagai pengalaman manis. Manisnya terasa bila dapat meluangkan masa bersama akhawat di sini. Biarpun jauh, tapi tautan hati kami yang berteraskan aqidah mampu menandingi segalanya, hanya maut dan kekafiran mampu memisahkan ikatan aqidah kami ini.

Tarbiyyah jaulah saya kira amat penting. Berusaha untuk menerapkan segala tarbiyyah yang dapat di dalam usrah. Sejauh mana kita sanggup untuk berkorban buat ukhti kita. Sejauh mana kita mampu untuk mentadabbur alam ciptaan Ilahi. Sejauh mana kita mampu untuk memanfaatkan masa kita  sebaiknya. Sejauh mana kekuatan fizikal kita mampu bertahan sepanjang perjalanan ke tempat lawatan.

Dan semuanya telah disusun oleh Allah, jaulah ini berlaku ketika Aidil Adha. Berkaitan dengan tadhiyyah. Tadhiyyah bererti pengorbanan. Pengorbanan itu lebih kepada diri kita sendiri yang berkorban, bukan mengharapkan yang lain terkorban.

Banyak lagi yang dipelajari dari pengalaman-pengalaman ukhti disini. Terima kasih akhawat atas segala perkongsian antunna.

Malam ini, akan meneruskan perjalanan ke Petra. Perjalanan bermula tengah malam nanti. Dan proses tarbiyyah akan terus berlaku, tidak kira masa dan tempat. Hanya akan berhenti setelah maut menyambut kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s