Raya Korban-Irbid II

Seronok sangat pada hari ini, alhamdulillah. Kesempatan meraikan hari raya di Irbid bersama rakan-rakan digunakan sebaiknya. Memulakan hari dengan mandi sunat Aidil Adha, kemudian bersiap-siap untuk ke masjid berdekatan menunaikan solat sunat Hari Raya Aidil Adha. Walaupun saya bersama rakan-rakan agak terlewat, memang kami berlari pecut ibarat atlet kebangsaan, lupa orang sekeliling yang turut memerhatikan, alhamdulillah sempat juga sembahyang bersama imam.

Setelah itu, melawat ke rumah rakan-rakan. Saya sempat melawat 4 buah rumah. Penuh dengan juadah istimewa, menandakan penuh juga perut kami. Sampai sahaja, makanlah agenda utamanya selain dari berbual-bual. Berbual mengenai kenangan-kenangan lama, terutama ketika melawat sebuah rumah, nama rumah-Khadijah Khuwailid (KK). Mereka merupakan rakan-rakan yang membuat persediaan belajar ke luar negara sama dengan saya di INTEC, UiTM. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan, solat hajat, taaruf, main sudoku, dan nasyid beramai-ramai.

bersama rakan-rakan
makanan yang sedap

 

mendapat taklimat aktiviti

 

yang menyambut hari lahir

 

MEP 08-INTEC, UiTM, Shah Alam

 

masa letak makanan

 

rakan-rakan

 

Ini baru gambar untuk sebuah rumah. Ada lagi 3 buah rumah yang saya datang ziarah.

Ini gambar di rumah rakan kesayangan saya. Sudah lama tidak berjumpa dengannya. Adilah, serta yang lain-lain jazakillah atas layanan antunna. Banyak makanan yang sedap-sedap.

kek keju yang tersangat sedap

 

rakan-rakan

 

Dan semua kenangan ini saya tidak akan sekali-kali lupakan. Ya Allah, Kau kuatkanlah ikatan hati kami kerana sesungguhnya hati-hati kami bertaut kerana-Mu dan aqidah islam, dan tiada semulia-mulia ukhuwwah selain ukhuwah itu dijalin hanya semata kerana-Mu.

Advertisements

5 thoughts on “Raya Korban-Irbid II

  1. salam sayangku nadrahhhhh

    sayangnya kat nadrahhh
    rindu +suka+best+sayang100x keletah korang smua
    esp nadrah time di kedai cokelat huhu ;))

    iAllah smoga kita tsabit atas jalan yg dipilih dikuatkn ikatan hati krn Dia smata iAllah..
    manisnya jika kerana Dia. (^__^)

    take care si comel! pasti merindui kalian semua…<3

    p/s : mlm ni kite nak btukang dgn kekambing dan kelembu korban.pastu nnt korang boleh la masakkan sedap2.ehe~

  2. salam ‘alaik!
    ku kan merinduimu…
    saatku tahu dikau juga bersama di jalan ini..
    SUBHANALLAH!!!…tak terkata..
    ukhwah yang sebelum ini sudah terjalin bertambah erat..
    pabila kita punya hadaf yang sama…
    Semoga kita semua terus thabat..
    Moga Allah merahmatimu..sahabatku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s